• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Bagi akaun bank diguna untuk jenayah, lebih seribu pemilik akaun keldai ditahan

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:45 pm
  • 06/07/2022
  • Komen
Bagi akaun bank diguna untuk jenayah, lebih seribu pemilik akaun keldai ditahan
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda pernah jumpa tawaran daripada mana-mana pihak yang ingin membeli akaun bank anda atau menyewanya, baik anda jauhi mereka kerana sudah jelas, mereka mahu mempergunakan anda sebagai keldai akaun. Baru-baru ini, pegawai polis Selangor telah menahan seramai 1,364 pemilik akaun keldai kerana terlibat dalam sindiket penipuan antara Januari dan Jun tahun ini. Dari jumlah itu, seramai 436 yang ditahan merupakan golongan wanita.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, 60% daripada suspek telah didakwa di mahkamah atas pelbagai kesalahan terutamanya membenarkan akaun bank mereka digunakan untuk kegiatan jenayah. Malah, majoriti pemilik akaun itu tahu bahawa tindakan mereka melanggar undang-undang. Namun, mereka beri kebenaran untuk akaun dan kata laluan mereka digunakan bagi tujuan penipuan kewangan terhadap orang lain.



Suspek ini juga mungkin terpengaruh dengan wang yang ditawarkan, iaitu antara RM100 hingga RM600 untuk setiap penyewaan akaun. Beliau juga berkata, kesemua individu itu ditahan mengikut Seksyen 420 dan 424 Kanun Keseksaan kerana menipu dan bersubahat.

Sindiket ini rata-rata menggunakan taktik mencari sasaran keldai akaun di media sosial. Kebanyakan individu tidak mengenali penjenayah yang melakukan kegiatan haram itu. Maka, anda perlulah berwaspada dengan iklan di media sosial dan tidak mendedahkan akaun bank anda kepada individu yang tidak dikenali apatah lagi menjual atau menyewakannya. Selain itu, jangan buat transaksi kewangan dari punca yang tidak diketahui dan sentiasa pantau transaksi yang berlaku di akaun bank anda.



Sumber

[Sumber: MalayMail]

Tags: Keldai AkaunSCAM
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
Bagi akaun bank diguna untuk jenayah, lebih seribu pemilik akaun keldai ditahan

Bagi akaun bank diguna untuk jenayah, lebih seribu pemilik akaun keldai ditahan

6 July 2022
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

21 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER