• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme C30, peranti kelas permulaan serendah RM429

  • OLEH Fatin Amanina
  • 7:18 pm
  • 12/07/2022
  • Komen
Realme C30, peranti kelas permulaan serendah RM429
Share on FacebookShare on Twitter

Realme hari ini memperkenalkan peranti kelas permulaan Realme C30. Ini sekaligus menambah model kepada Siri C yang sedia ada. Harganya bermula daripada RM429.

Harga jualan

Anda boleh dapatkan realme C30 di semua pengedar sah Realme di Malaysia, Shoppe dan Lazada bermula dari 16 Julai 2022. Harga jualan rasminya di Malaysia adalah seperti berikut:



  • Realme C30 (RAM 3GB + Storan 32GB) – RM429
  • Realme C30 (RAM 4GB + Storan 64GB) – RM499

Spesifikasi Realme C30

Realme C30 dikuasakan oleh pemproses Unisoc T612, 12 nm. Ia dibekalkan RAM sehingga 4GB dan storan sehingga 64GB. Storan UFS 2.2 digunakan. Peranti ini juga menawarkan sehingga 1TB external memory. Ia menyokong dua slot kad SIM beserta kad microSD sehingga 1TB.

Peranti ini mempunyai skrin penuh 6.5″ FHD. Di hadapan ia miliki kamera swafoto 5MP, manakala dibelakang ada kamera AI 8MP F2.0. Ia menggunakan kanta 4P termasuk zum digital 4X.



Baterinya berkapasiti 5,000mAh. Dikatakan peranti ini mampu bertahan selama 45 hari dalam keadaan standby dan boleh bertahan selama 102 jam apabila anda memainkan audio secara berterusan. Beratnya 182g dan ketebalannya hanya 8.5mm.

Realme C30 didatangkan dengan corak jalur menegak susunan halus setinggi 8.5mm. Peranti ini tersedia dalam tiga warna menarik iaitu Biru Tasik,
Hijau Buluh dan Hitam Denim. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari Facebook Realme di sini.

Tags: RealmeRealme C30
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Realme C30, peranti kelas permulaan serendah RM429

Realme C30, peranti kelas permulaan serendah RM429

12 July 2022
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN