• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengguna Maxis dan Hotlink tidak boleh daftar masuk akaun

  • OLEH Najib
  • 1:48 pm
  • 17/07/2022
  • Komen
Pengguna Maxis dan Hotlink tidak boleh daftar masuk akaun
Share on FacebookShare on Twitter

Pengguna Maxis dan Hotlink mungkin agak terkejut pagi ini, bukan kerana masalah rangkaian atau ketiadaan internet, tetapi masalah lain. Mereka mendapati, telah didaftar keluar dari aplikasi dan tidak boleh lagi mendaftar masuk.

Gangguan untuk daftar masuk ini memberi pelbagai kesan buruk kepada pengguna. Selain tidak boleh memantau berapa banyak kuota yang digunakan, pengguna juga tidak boleh membuat bayaran bil atau tambah nilai kredit, membeli data tambahan, menukar tetapan talian keluarga dan banyak lagi.



Hai, maaf diatas kesulitan yg berlaku. Mohon DM kami maklumat anda untuk semakan lanjut. Tq-Day

— Hotlink (@HotlinkListens) July 17, 2022

Masalah daftar masuk ini dikesan bermula sekitar pukul 9 pagi tadi. Banyak muat naik status bercerita tentang masalah ini, tetapi Maxis dan Hotlink tidak memaklumkan apakah puncanya dan bilakah ia akan pulih.

Saya sebagai pengguna Hotlink, telah bertanya kepada twitter @HotlinkListens dan mereka memaklumkan bahawa telah mengetahui masalah ini dan sedang cuba membaikinya. Pengguna diminta untuk cuba daftar masuk di kemudian masa.



Buat sementara ini, pengguna boleh cuba menggunakan kod panggilan *100# untuk tambah nilai. Selain itu, boleh hubungi media sosial raami @Maxis dan @Hotlink untuk sebarang pertanyaan.

Tags: hotlinkmaxis
Najib

Najib

POPULAR

Pengguna Maxis dan Hotlink tidak boleh daftar masuk akaun

Pengguna Maxis dan Hotlink tidak boleh daftar masuk akaun

17 July 2022
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

13 August 2026
Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN