• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo Pad Air: Maklumat penjualannya di Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:20 am
  • 22/07/2022
  • Komen
Oppo Pad Air: Maklumat penjualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo telah membawa masuk tablet pertama mereka ke Malaysia. Tablet bersaiz 10.36″ ini sesuai untuk digunakan dalam sidang video dan melayani servis penstriman video. Tablet ini dilancarkan bersama-sama siri Oppo Reno 8.

Harga Oppo Pad Air di Malaysia

Oppo Pad Air hadir dalam dua konfigurasi. Sebelum itu, tempahan awal untuk memilikinya akan berlangsung sehingga 29 Julai 2022.



Golongan pembeli awal akan menerima hadiah bernilai sehingga RM259 yang di dalamnya terkandung perkara seperti langganan percuma Viu selama 6 bulan, baucar 50% untuk membeli Logitech K380.

Pembeli Pad Air yang berspesifikasi paling tinggi pula akan terima hadiah tambahan berupa casing tablet bernilai RM129. Berikut adalah harga jualan Oppo Pad Air di Malaysia:



  • Oppo Pad Air (RAM 4GB + storan 64GB) – RM1,099
  • Oppo Pad Air (RAM 4GB + storan 128GB) – RM1,299

Harga begitu kami lihat agak sukar untuk menggugat tablet Xiaomi Pad 5. Tablet pesaing itu dijual pada harga RM1,399 dan dengan beza cuma RM100, anda beroleh spesifikasi nyata lebih baik.

Contohnya, anda menikmati SoC Snapdragon 870, dan skrin 11” QHD” yang boleh capai tahap segar semula sehingga 120Hz.

Spesifikasi Oppo Pad Air

Oppo pad air adalah sebuah tablet sebesar 10.36″. Di bahagian muka anda terima panel paparan beresolusi FHD+ (2000 X 1300) daripada jenis LCD.

Atas papan utama, tablet ini mendukung SoC Snapdragon 680. Antara peranti di luar sana yang menggunakan cip yang sama adalah seperti Honor X7, Oppo A96, Realme 9i, Vivo T1x, dan beberapa produk yang lain.

SoC tersebut bergandingan dengan RAM 4GB. Pilihan storan yang anda ada adalah 64GB ataupun 128GB.

Specs ini ditujukan untuk kegunaan melayani kandungan multimedia, tablet ini dilengkapi sistem kuadspeaker yang katanya menyokong Dolby Atmos.

Hayat bateri tentu bukan satu masalah buat tablet ini. Namun, dengan bateri 7,100mAh, mengecasnya mungkin sedikit renyah kerana ia cuma menyokong sistem 18W sahaja.

Di jabatan pengimejan, tablet ini diberikan kamera belakang 8MP dan satu kamera hadapan untuk sidang video.

Tags: androidoppoOppo Pad Airtablet
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Oppo Pad Air: Maklumat penjualannya di Malaysia

Oppo Pad Air: Maklumat penjualannya di Malaysia

22 July 2022
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER