• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

MediaTek guna khidmat Intel untuk meluaskan penghasilan cip

  • OLEH Najib
  • 12:07 pm
  • 26/07/2022
  • Komen
MediaTek guna khidmat Intel untuk meluaskan penghasilan cip
Share on FacebookShare on Twitter

Kita sering mendengar kilang pengeluaran cip Samsung atau TSMC, digunakan untuk penghasilan cip keluaran pengeluar terkemuka seperti Qualcomm dan MediaTek, serta Apple. Tetapi jangan lupa, Intel juga menghasilkan cip mereka sendiri di kilang pengeluaran cip mereka.

Selepas ini, kilang cip Intel akan menghasilkan cip untuk MediaTek apabila kedua-dua syarikat mengumumkan kerjasama strategik baru-baru ini. Ia juga adalah sebagai usaha supaya MediaTek dapat membangunkan bekalan cip yang lebih stabil dan berterusan, bagi menampung permintaan yang meningkat di Amerika Syarikat dan Eropah.



Very excited to announce a new foundry partnership with @MediaTek. Intel Foundry Services is ready to provide the advanced technologies to support their growth while building a more balanced, resilient #supplychain. Read more https://t.co/RpSyanElJt

— Randhir Thakur (@Dr_Randhir_T) July 25, 2022

MediaTek akan menggunakan teknologi pemprosesan cip Intel bagi menghasilkan pelbagai jenis cip mereka untuk kegunaan peranti pintar. Antaranya menerusi teknologi transistor 3D FinFet serta teknologi generasi baru yang akan datang.

Sebenarnya, Intel baru sahaja membuka perniagaan untuk menghasilkan cip (IFS) bagi pengeluar lain tahun lepas. Intel melabur sebanyak USD20 bilion bagi memulakan perniagaan IFS ini. Intel ada menyatakan mereka telah menandatangani perjanjian dengan Qualcomm dan Amazon Web Services, tetapi pengumuman MediaTek ini adalah kejayaan terbesar mereka setakat ini.



Dilaporkan, Intel akan menggunakan proses ‘Intel 16′, sejenis proses yang dipertingkat daripada ’22FFL’ yang diperkenal pada 2018 bagi menghasilkan cip MediaTek. Penghasilan pertama kerjasama ini akan dapat dilihat dalam tempoh 18 ke 24 bulan yang akan datang.

[Sumber: Intel]

Tags: Intelmediatek
Najib

Najib

POPULAR

5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

24 October 2025
Proton e.MAS 5: EV paling mampu milik Malaysia dilancar, dari RM56,800

Proton e.MAS 5: Kos servis 10 tahun tak sampai RM2,500, ini butirannya

1 November 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025
MediaTek guna khidmat Intel untuk meluaskan penghasilan cip

MediaTek guna khidmat Intel untuk meluaskan penghasilan cip

26 July 2022
Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

29 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER