• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Spesifikasi OPPO A3s agak berbaloi dengan harga di bawah RM600

  • OLEH Najib
  • 7:56 pm
  • 16/07/2018
  • Komen
Spesifikasi OPPO A3s agak berbaloi dengan harga di bawah RM600
Share on FacebookShare on Twitter

Jarang kita lihat OPPO menjual telefon pintarnya pada harga yang berbaloi dengan spesifikasi. Tetapi telefon pintar OPPO A3s yang baru ini, nampaknya agak menarik untuk diteliti dengan lebih mendalam.

Bermula dengan bahagian kamera, OPPO A3s memiliki dwi kamera belakang 13MP+2MP di samping kamera hadapan 8MP. OPPO yang memang terkenal sebagai pakar swafoto melengkapkan kamera ini dengan teknologi AI Beautification 2.0 untuk menghasilkan swafoto yang lebih cantik.



Bateri di dalam OPPO A3s sangat besar, dengan kapasiti 4,230mAh. Tidak pula dimaklumkan sokongan pengecasan pantas, tetapi dengan harga ini kita boleh jangka ia tidak menyokong pengecasan VOOC.

Skrin OPPO A3s juga sangat lebar. Ia berukuran 6.2-inci dengan nisbah skrin-ke-badan 88.8%, tetapi resolusinya hanya HD+ 1520×720 sahaja. Ia juga memiliki takuk di atas untuk memberi lebih ruang kepada skrin.



OPPO menggunakan cip Snapdragon 450 8-teras untuk OPPO A3s ini. Tetapi hanya 2GB RAM dan 16GB storan dalaman sahaja yang dimuatkan di dalamnya. Ia memiliki tiga slot kad, dua untuk kad sim dan satu lagi untuk kad mikroSD.

Sebagai telefon pintar baru, OPPO A3s menggunakan sistem operasi Android 8.1 Oreo bersama antaramuka ColorOS 5.1. Tiada pengimbas capjari fizikal terdapat telefon ini, tetapi ia menyokong pengecaman wajah untuk membuka kunci skrin.

OPPO A3s datang dalam dua warna, Biru Gelap dan Merah Menyala. Harganya pula telah ditetapkan pada RM599 sahaja. Ia akan mula dijual bermula dari 19 Julai 2018, dan boleh didapati dari Stor Konsep OPPO, pengedar sah OPPO serta dalam talian di Stor Online OPPO dan juga di 11street, Lazada dan Shopee.

Dengan harga dan spesifikasi begini, OPPO A3s dilihat boleh bersaing dalam pasaran Nokia 3.1 serta Xiaomi Redmi 5.

Tags: oppoOPPO A3sOPPO A3s MalaysiaOPPO Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Spesifikasi OPPO A3s agak berbaloi dengan harga di bawah RM600

Spesifikasi OPPO A3s agak berbaloi dengan harga di bawah RM600

16 July 2018
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN