Insta360 hadir dengan satu produk kamera baharu. Kali ini mereka tidak mensasarkan pada penggunaan di luar seperti kegiatan lasak tapi kepada persekitaran rumah, contohnya untuk yang bekerja dari rumah.
Insta360 Link adalah sebuah webcam yang mampu beroperasi dalam resolusi sehingga 4K ataupun 60fps dalam resolusi 720p. Ia seperti sebuah DJI Pocket 2 tanpa gimbal. Apa yang ingin diketengahkan pengeluarnya adalah sensor yang besar iaitu 1/2″ disamping kehadiran dua mikrofon penyaring hingar bagi telesidang bebas gangguan.

Kalau nak dibandingkan dengan solusi webcam lain, ia nampak tidak banyak kelebihan. Anda boleh gunakan telefon pintar sekalipun untuk menjadi webcam ataupun apa-apa kamera moden yang boleh disampung ke komputer melalui USB.



Namun, keunikannya terletak pada fungsi pintarnya. Kamera ini boleh menoleh dari kiri ke kanan dan mendongak dairpada atas bawah. Kemudian, menggunakan isyarat tangan, menjejak subjek dengan mudah. Webcam ini ada autocus terbina di dalamnya. Kebiasaannya, webcam lain memiliki jarak fokus yang malar.

Secara keseluruhannya, webcam ini sangat sesuai untuk telesidang. Buat golongan yang bekerja dari rumah seperti guru ataupun eksekutif yang perlu lakukan pembetangan dalam talian, ciri-ciri yang dimilikinya sangat berguna. Streamer di luar sana juga boleh mempertimpang produk ini ke dalam set anda.
Cumanya, harganya agak keras. Ia dijual pada harga bermula USD340. GoPro Hero 10 Black di dalam pasaran A.S pun berharga sekitar itu iitu USD350 dan ia ada kemampuan optik lagi baik cumanya tiada fungsi pintar.