Antara berita yang dikongsikan ialah, 2 telefon mampu milik yang dibawa Wiko ke pasaran Malaysia, model tablet Samsung yang dipilih sebagai gajet PerantiSiswa, Barang Lazada & Shopee dari luar negara bakal dicukai 10% dan banyak lagi berita lain yang dikupaskan.
1. Serpihan roket dipercayai milik China ditemukan di Miri dan Kalimantan Barat
Serpihan dipercayai saki baki roket Long March 5B milik China telah ditemukan berhampiran pekan Batu Niah, dekat Miri, Sarawak dan satu lagi dalam wilayah Kalimantan Barat, Indonesia. Sehari sebelum kejadian ini di Sarawak, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) ada sahkan kemasukan semula serpihan roket Long March 5B milik China ke ruang udara bumi, melintasi ruang udara Malaysia.
Berita penuh di sini.
2. Wiko T50 & Wiko T10: Maklumat penjualan di Malaysia
Wiko lancarkan dua produk baru mereka iaitu Wiko T50 dan Wiko T10 dengan harga mampu milik ke Malaysia. Wiko T50 menggunakan cip Mediatek Helio G85. Manakala Wiko T10 memiliki kuasa cip Mediatek Helio A22.
Harga dan spesifikasi di sini.
3. Tablet Samsung ini dipilih sebagai gajet PerantiSiswa, edaran bermula dalam bulan Ogos 2022
Menurut cicipan YB Tuan Lukanisman Awang Sauni dari Parlimen Sibuti, tablet Samsung Galaxy (Tab) A8 LTE dipilih sebagai gajet PerantiSiswa. Edaran akan dimulakan dalam bulan Ogos 2022. Dalam pada itu, Men-KOMM turut umum perluasan skop program PerantiSiswa.
Berita lanjut di sini.
4. Barang Lazada & Shopee yang dihantar dari luar negara bakal dicukai 10% bermula 2023
Terkini daripada parlimen, kerajaan sudahpun tetapkan kadar cukai yang bakal dikenakan ke atas barang bernilai rendah LVG. Berdasarkan pindaan ke atas Akta Cukai Jualan 2018, LVG yang bernilai di bawah RM500 yang dibawa masuk ke Malaysia daripada luar akan dikenakan cukai berkadar rata 10%.
Baca lagi di sini.
5. Pengguna Indonesia berang, kerajaan sekat Steam, PayPal, Yahoo dan banyak lagi
Pada 30 Julai lalu, kerajaan Indonesia umum sekatan akses internet terhadap beberapa platform atas talian. Ini kerana platform-platform tersebut, tidak daftar syarikat mereka untuk patuhi peraturan baru yang telah ditetapkan kerajaan Indonesia.
Berita penuh di sini.