• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

K50 Ultra, Redmi pertama yang ada Snapdragon 8+ Gen 1 diumum pada harga kurang RM2,000

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:30 pm
  • 12/08/2022
  • Komen
K50 Ultra, Redmi pertama yang ada Snapdragon 8+ Gen 1 diumum pada harga kurang RM2,000
Share on FacebookShare on Twitter

Selain Mix Fold 2, Xiaomi turut memperkenalkan satu lagi telefon flagship di bawah subjenama Redmi iaitu Redmi K50 Ultra. Ini adalah telefon pertama Redmi yang dilengkapi cip Snapdragon 8+ Gen 1.

Bermula daripada luar, K50 Ultra adalah sebuah telefon dengan paparan sebesar 6.7”. Ia menggunakan panel paparan OLED dengan resolusi 2712 x 1220 dengan kadar segar semula mencapai 120Hz. Selain baik untuk gaming, panel paparan ini juga menyokong Dolby Vision, gamut warna DCI-P3, dan HDR10+.



Atas papan utama, selain cip flagship Snapdragon, ia turut diberikan modul RAM LPDDR5 dan storan UFS 3.1 dalam pelbagai konfigurasi, bermula dengan kombinasi 8GB dan 128GB hinggalah 12GB dan 512GB.

Di jabatan pengimejan, kamera K50 Ultra adalah mirip K50 Pro. Anda beroleh kamera utama dengan sensor 108MP HM6 daripada pengeluar Samsung. Anda juga boleh gunakan kamera ultralebar 8MP dan kamera 2MP untuk mengambil gambar. Kamera untuk mengambil gambar selfie adalah yang ada sensor 20MP.



Xiaomi memasukkan sistem bateri berkapasiti 5,000mAh pada K50 Ultra. Bukan sahaja telefon ini ada bateri gergasi, sistem pengecasannya boleh tahan hebat. Blok pengecas 120W diberikan kepada pembeli dan sistem pengecasan telefon ini mengguna pakai cip hasilan sendiri Xiaomi iaitu Surge P1 bagi mengawal selia hal-hal berkaitan pengecasan. Pengeluarnya memaklumkan yang cip ini boleh menjaga hayat bateri dalam jangka masa panjang.

Selain daripada versi biasa, Redmi K50 Ultra juga ada versi Mercedes F1 Edition. Tiada sebarang spesifikasi ekstra selain kosmetik. Setakat ini, Redmi K50 Ultra hanya dijual di pasaran China pada harga seperti yang berikut:

  • RAM 8GB + Storan 128GB – CNY2,999 (RM1,977)
  • RAM 8GB + Storan 256GB – CNY3,299 (RM2,175)
  • RAM 12GB + Storan 256GB – CNY3,599 (RM2,372)
  • RAM 12GB + Storan 512GB – CNY3,999 (RM2,636)
  • RAM 12GB + Storan 512GB (Mercedes F1 Edition) – CNY4,199 (RM2,768)
Tags: RedmiRedmi K50redmi k50 ultraredmi k50 ultra mercedes f1 editiontelefon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Proton e.MAS 5: EV paling mampu milik Malaysia dilancar, dari RM56,800

Proton e.MAS 5: Kos servis 10 tahun tak sampai RM2,500, ini butirannya

1 November 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025
5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

24 October 2025
K50 Ultra, Redmi pertama yang ada Snapdragon 8+ Gen 1 diumum pada harga kurang RM2,000

K50 Ultra, Redmi pertama yang ada Snapdragon 8+ Gen 1 diumum pada harga kurang RM2,000

12 August 2022
Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

29 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER