• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nampak kejadian buli di sekolah? Laporkannya terus melalui portal aduan ini

  • OLEH Fatin Amanina
  • 3:23 pm
  • 19/08/2022
  • Komen
Nampak kejadian buli di sekolah? Laporkannya terus melalui portal aduan ini
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak kebelakangan ini, ada banyak kes buli yang berlaku di sekolah telah dilaporkan media. Tentunya hal ini membimbangkan dan merunsingkan ibu bapa. Melaporkannya pada polis mungkin akan mengambil masa, oleh itu ada satu kaedah yang akan memudahkan orang ramai melaporkan hal ini menggunakan peranti sahaja.

Melalui portal aduan buli yang baru dilancarkan, kes buli di sekolah boleh dilaporkan terus kepada Kementerian Pendidikan (KPM). Portal aduan buli ini boleh diakses di laman sesawang https://www.moe.gov.my/aduanbuli. Ia menyediakan tiga saluran untuk orang awam, mangsa, ibu bapa atau penjaga melaporkan sebarang kejadian buli di sekolah.



Saluran tersebut ialah:

  1. Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA)
  2. Emel ke alamat [email protected]
  3. Panggilan telefon di 0388849325 atau WhatsApp di 0148009325.

Menurut Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin dalam satu sidang media, talian khas ini boleh dihubungi 24 jam dan setiap aduan akan diambil tindakan segera oleh KPM. Mengulas lanjut, Radzi berkata, sebanyak 122 kes buli yang disabitkan kesalahan di seluruh negara direkodkan antara Januari dan Julai tahun ini. Jadi, anda boleh manfaatkan platform ini dan berikan maklumat tepat untuk siasatan dilakukan. Setiap aduan yang diterima akan direkod dan maklumat pengadu juga boleh dirahsiakan sekiranya mahu.



Sumber

Sekiranya satu hal pelik melibatkan pelajar berlaku dan anda keliru sama ada perkara itu dikategorikan buli atau pun tidak, di bawah ini merupakan jenis-jenis perlakuan buli yang anda boleh jadikan rujukan.

  1. Peras ugut – Minta duit atau diminta menjadi orang suruhan
  2. Memulau – Tak suka murid yang ikut peraturan
  3. Isyarat bukan lisan – Jelir lidah, isyarat lucah
  4. Fizikal – Pukul, tendang, cubit
  5. Lisan – Ejek, mencarut
Sumber

Dengan portal yang diwujudkan ini, diharapkan agar orang ramai akan lebih peka dengan kes buli dan semoga kes yang berlaku dapat diselesaikan segera. Setiap kanak-kanak perlu dididik berfikir secara rasional dan mempunyai rasa empati supaya mereka tidak membuli rakan lain. Semua ini merupakan tanggungjawab ibu bapa dan ia perlu dipupuk dari rumah sejak kanak-kanak itu kecil lagi.

[Sumber: TheStar, Metro]

Tags: KPM
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Nampak kejadian buli di sekolah? Laporkannya terus melalui portal aduan ini

Nampak kejadian buli di sekolah? Laporkannya terus melalui portal aduan ini

19 August 2022
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RHB Bank jadi bank pertama di Malaysia sokong DuitNow Pay untuk pembayaran dalam talian dan berulang

RHB Bank jadi bank pertama di Malaysia sokong DuitNow Pay untuk pembayaran dalam talian dan berulang

12 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN