• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

WhatsApp hadkan mesej yang boleh di-FORWARD tapi ia tidak menyelesaikan masalah berita palsu

  • OLEH Najib
  • 4:47 pm
  • 23/07/2018
  • Komen
WhatsApp hadkan mesej yang boleh di-FORWARD tapi ia tidak menyelesaikan masalah berita palsu
Share on FacebookShare on Twitter

Perangai manusia yang suka menyebarkan berita tanpa menyemak sumber dan asal-usulnya memang keji. Sebagai contoh, CNN melaporkan lima orang telah terbunuh di India akibat mesej palsu yang tidak bertanggungjawab, mengatakan mereka yang dibunuh adalah penculik kanak-kanak.

Polis turut tercedera ketika cuba meleraikan rusuhan tersebut. Pihak polis terpaksa menghentikan perkhidmatan internet dan talian mudah alih di tempat tersebut untuk menyekat penyebaran mesej palsu ini. Dan ini bukanlah kes pertama di India.



Kerana itu, WhatsApp baru-baru ini mengumumkan akan mengehadkan menghantar mesej secara Forward kepada 5 kumpulan chat sahaja, khusus untuk India. Untuk negara lain, ia akan dihadkan kepada 20 kumpulan chat.

Selain itu, WhatsApp juga baru meletakkan tanda FORWARDED kepada mesej yang di-forward dari mesej lain, agar pengguna tahu ia bukan ditaip sendiri oleh penghantar mesej.



WhatsApp juga terpaksa mengambil langkah lebih drastik dengan mengiklankan tips memeriksa kesahihan berita sebelum disebarkan, di dada akhbar di India. Ini kerana kerajaan India telah bertegas mahu mengambil tindakan terhadap WhatsApp jika mereka masih tidak dapat membendung penularan berita palsu di platformnya.

Walaupun tiada lagi berita melaporkan tentang kematian akibat penularan berita palsu melalui WhatsApp di Malaysia, pengguna sendiri harus mengambil langkah cermat dengan memeriksa semua berita yang diterima. Jangan mudah menekan butang FORWARD untuk menghantar mesej yang tidak diketahui asal-usulnya. Jika ia tidak mengorbankan nyawa manusia, ia mungkin telah melukakan hati seseorang malah turut menjejaskan sumber pendapatan sesebuah keluarga.

Dengan had yang diletakkan oleh WhatsApp, ia masih tidak dapat menyekat kemahuan seorang manusia yang mahu menekan butang Forward. Ia masih bergantung kepada diri seseorang tersebut untuk mengambil langkah bijak dengan menyemak berita yang diterima, atau mengambil langkah BODOH dengan menekan Forward tanpa memeriksa mesej yang ingin disebarkan.

Ingat, jangan sebar jika tidak tahu. Kaji dulu sebelum mula menekan FORWARD.

[Sumber: Blog WhatsApp]

Tags: Berita PalsuFake Newswhatsapp
Najib

Najib

POPULAR

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
WhatsApp hadkan mesej yang boleh di-FORWARD tapi ia tidak menyelesaikan masalah berita palsu

WhatsApp hadkan mesej yang boleh di-FORWARD tapi ia tidak menyelesaikan masalah berita palsu

23 July 2018
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
240319 Cara Elak Telefon Pintar Panas

TIPS: 7 cara perlu buat elak telefon pintar cepat panas (2024)

3 April 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN