• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri flagship Xiaomi 12T dikhabarkan akan gunakan kerangka plastik untuk gantikan besi sebagai langkah penjimatan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:15 pm
  • 26/09/2022
  • Komen
Siri flagship Xiaomi 12T dikhabarkan akan gunakan kerangka plastik untuk gantikan besi sebagai langkah penjimatan
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi dilaporkan sedang bersiap sedia untuk lancarkan satu siri flagship baharu sebelum 2022 tamat. Maklumat siri Xiaomi 12T mula mengalir masuk ke arena Internet dan ia dikongsikan oleh beberapa sumber yang boleh dipercayai. Perlu diingatkan yang maklumat hasil perkongsian tersebut bukanlah maklumat rasmi.

Xiaomi 12T Pro

Kelihatan, ia masih mengekalkan fizikaliti Xiaomi 11T Pro. Satu perkara menarik tentang telefon yang bakal dilancarkan ini adalah kerangka badannya bakal menggunakan materi plastik untuk menggantikan besi, besar kemungkinan bagi penjimatan kos.



Di bahagian muka, Xiaomi 12T Pro dikatakan dilengkapi panel paparan 6.67” daripada jenis OLED pada resolusi FHD+ berkadar segar semula setinggi 120Hz. Panel itu dilindungi Corning Gorilla Glass 5.

Xiaomi 12T Pro dicanang untuk jadi telefon pertama Xiaomi yang dilengkapi sensor 200MP. Kamera itu ditemani 2 kamera, 8MP dan 2MP, yang masing-masing untuk gambar ultralebar dan makro. Selfie pula diambil menggunakan kamera bersensor 20MP.



Atas papan utama, SoC flagship Snapdragon 8+ Gen 1 diberikan dengan kombinasi RAM dan storan maksimum masing-masing mencecah 12GB dan 256GB. Kesemuanya mengambil tenaga daripada bateri berkapasiti 5,000mAh yang menyokong sistem pengecasan pantas 120W.

Xiaomi 12T

Untuk varian lebih mampu milik, Xiaomi bakal memperkenalkan Xiaomi 12T yang diperkasa cip MediaTek Dimensity 8100 Ultra. Ia adalah varian kepada Dimensity 8100 yang turut ada dalam versi 8100 Max, cip yang digunakan pada Oppo Reno 8 Pro.

Konfigurasi RAM dan storan maksimum boleh didapati adalah sehingga 8GB+256GB. Kemudian, ia masih diberikan bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 120W.

Di jabatan pengimejan, Xiaomi memateri sensor 108MP pada varian lebih rendah ini. Tiga baki kamera, spesifikasinya adalah sama. Anda beroleh kamera selfie 20MP, kamera ultralebar 8MP, dan kamera makro 2MP.

Daripada sudut fizikaliti, ia kelihatan sama seperti Xiaomi 12T Pro daripada luaran. Panel paparannya adalah sama seperti varian Pro, paparan 6.67” beresolusi FHD+ daripada jenis OLED dengan kadar segar semula setinggi 120Hz.

Bila mereka akan dilancarkan?

Telefon-telefon ini masih belum ada tarikh pelancaran globalnya tapi, jangkakan yang ia sangat hampir. Mengikut kalendar Xiaomi, Xiaomi 11T dulu dilancarkan pada pertengahan September 2021 dan masuki Malaysia penghujung September 2021.

Sumber: WinFuture

Tags: androidtelefonxiaomixiaomi 12txiaomi 12t pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

28 August 2025
Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

21 August 2025
Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

10 September 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
Siri flagship Xiaomi 12T dikhabarkan akan gunakan kerangka plastik untuk gantikan besi sebagai langkah penjimatan

Siri flagship Xiaomi 12T dikhabarkan akan gunakan kerangka plastik untuk gantikan besi sebagai langkah penjimatan

26 September 2022
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER