• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jangan terpedaya SCAM SMS ePemula M40, ia mahu curi kredit Touch n Go eWallet

  • OLEH Najib
  • 4:48 pm
  • 14/10/2022
  • Komen
Jangan terpedaya SCAM SMS ePemula M40, ia mahu curi kredit Touch n Go eWallet
Share on FacebookShare on Twitter

Ada terima SMS mengatakan anda telah menerima bantuan e-dompet M40 RM100? Jangan klik apa-apa link tersebut kerana ia adalah cubaan scam untuk mencuri maklumat peribadi anda. Ada rakyat Malaysia melaporkan telah menerima SMS daripada GOV tentang bantuan yang baru diumumkan ini dan dikreditkan ke dalam TNG eWallet.

Dalam tangkap layar yang dikongsikan kepada kami ini, sangat jelas dan terang bahawa ia adalah satu bentuk SCAM. Tetapi perkara ini tidak diketahui ramai dan boleh membuatkan pengguna terpedaya.



Pertama sekali, bantuan ePemula M40 yang baru diumumkan di dalam Bajet 2023 minggu lepas belum lagi bermula. Malah, ia sebenarnya akan dilaksanakan tahun hadapan, bukan tahun ini.

Kedua, sebarang arahan yang menyuruh pengguna klik pada bantuan untuk menyemak baki atau tuntutan adalah tidak benar. Anda harus ingat, jangan klik sebarang pautan sebaliknya terus menyemak di dalam aplikasi jika perlu.



SCAM klik pautan adalah cara paling mudah dan berkesan untuk memperdaya mangsa. Pengguna akan dibawa ke laman web yang kelihatan serupa dengan laman web asli dan diminta memasukkan maklumat peribadi. Tetapi ia sebenarnya laman web palsu dan mencuri semua maklumat yang anda berikan di dalamnya. Selepas itu, maklumat ini akan digunakan untuk mencuri wang di dalam akaun sebenar.

Touch n Go ada jaminan pulangan wang yang memberi semula wang sepenuhnya dalam masa 5 hari jika eWallet pengguna dicaj atau ditambah nilai secara tidak sah. Jaminan ini ditawarkan kepada dompet yang telah disahkan dan laporan mesti dibuat dalam masa 60 hari dari tarikh kejadian.

Bacaan Berkaitan

  • TIPS: Cara mudah kenali scammer & langkah elak menjadi mangsa penipuan
  • Peningkatan jenayah scam membimbangkan, BNM arah bank sekat transaksi mencurigakan & ganti SMS OTP
  • Asyik pengguna hilang duit kena SCAM, Bank juga harus pikul tanggungjawab dan beri pampasan
  • Singapura hanya benarkan organisasi berdaftar hantar SMS kepada pengguna dalam usaha untuk basmi scam
  • Temubual dengan mangsa scam iklan di Facebook, bagaimana wang simpanan hilang akibat aplikasi palsu
Tags: bajet 2023ePemulaSCAMSCAM SMS
Najib

Najib

POPULAR

Jangan terpedaya SCAM SMS ePemula M40, ia mahu curi kredit Touch n Go eWallet

Jangan terpedaya SCAM SMS ePemula M40, ia mahu curi kredit Touch n Go eWallet

14 October 2022
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN