Seperti yang dirancang, Apple telah mula menyebarkan kemas kini kepada beberapa sistem operasi terkenal mereka. Berikut adalah kemas kini yang sedang aktif disebarkan kepada pengguna:
- iOS 16.1
- iPadOS 16.1
- watchOS 9.1
- tvOS 16.1
Apa yang baru dengan iOS 16.1
APP iCloud kini ada fungsi perkongsian album gambar. Kini, sehingga 6 orang boleh berkongsi album gambar yang sama. Mereka boleh melihat gambar dan memuat naik gambar dengan pantas melalui ciri ini.
Kemudian, mereka turut membawakan ciri peratusan bateri di bahagian bar notifikasi untuk model iPhone yang lebih lama seperti iPhone XR, iPhone 11, iPhone 12 mini, dan iPhone 13 mini serta semua iPhone yang tidak menerimanya sewaktu pengumuman iOS 16 dulu.
Implementasi peratusan bateri juga diperkemas. Ikon paras bateri akan menurun seiring dengan nombor peratusan. Dulu, ikon bateri senantiasa penuh dan satu-satunya cara untuk melihat kapasiti bateri yang tinggal adalah dengan melihat pada angka.
Itu adalah sebahagian kecil perubahan yang dilakukan. Anda boleh baca senarai penuh di sini.
TIPS iOS 16: Cara paling senang untuk cari dan kongsi password WiFi dari iPhone
Apa yang baru dengan iPadOS 16.1
ipadOS 16.1 mewarisi sebahagian besar pembaharuan iOS 16.1. Tapi ada beberapa ciri eksklusif untuk sistem operasi tablet ini. Ciri paling menonjol pada iPadOS 16.1 adalah Stage Manager. Dengannya, ia membawa tahap multitasking iPad ke paras yang lebih tinggi. Bila diumumkan, ia hanya menyokong iPad yang mendukung cip pemproses M1 sahaja tapi telah diperluas kepada iPad yang lebih lama dengan beberapa had diletakkan dek cip yang tak sekuasa M1.
Misalnya, hanya iPad M1 sahaja yng menyokong ciri monitor sekunder apabila Stage Manager digunakan. Anda boleh baca senarai penuh perubahan iPadOS 16.1 di sini.
Apa yang baru dengan watchOS 9.1
Buat pemakai jam tangan Apple Watch, bila anda naik taraf kepada watchOS 9.1 anda boleh jangkakan beberapa perubahan yang menarik. Salah satunya adalah hayat bateri telah dipanjangkan sewaktu ciri menjejak aktiviti digunakan seperti berjalan, berlari, dan hiking. Pengoptimuman dilakukan dengan cara merendahkan frekuensi membaca denyutan jantung dan kekerapan jam tangan membaca data GPS.
Anda boleh baca senarai penuh perubahan watchOS 9.1 di sini.
Apa yang baru dengan tvOS 16.1
Kemas kini terbaharu ini membawakan pengalaman Siri yang direka semula. Ia katanya memudahkan anda mencari movie dan siaran tv yang disukai. Kemudian, ciri Shared Photo Library macam di iOS 16.1 juga dimasukkan pada kemas kini kali ini.
Apple TV kini boleh menjadi paparan besar untuk Apple Fitness+ bila anda beraktiviti di ruang tamu menggunakan iPhone dan yang terakhir, Apple memasukkan sokongan piawaian rumah pintar Matter ke dalam sistem operasi ini.
Anda boleh baca senarai penuh perubahan iPadOS 16.1 di sini.