• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Diskaun RM100 untuk Infinix Note 12 2023 lebih besar selama tiga hari

  • OLEH Najib
  • 3:57 pm
  • 25/10/2022
  • Komen
Diskaun RM100 untuk Infinix Note 12 2023 lebih besar selama tiga hari
Share on FacebookShare on Twitter

Awal bulan ini, Infinix Malaysia baru melancarkan telefon pintar kelas pertengahan yang sangat berbaloi dengan harganya, Infinix Note 12 2023. Ia adalah telefon pintar dengan fungsi NFC antara termurah boleh didapati di Malaysia. Ada NFC di telefon, bolehlah tambah nilai kad Touch n Go NFC dengan mudah.

Tidak lama lagi, satu varian baru Infinix Note 12 2023 akan dijual di Malaysia. Ia membawakan saiz storan lebih besar, 256GB tetapi dengan tambahan harga RM100 sahaja.



Untuk menjadikan ia tawaran yang jauh lebih menarik, Infinix memberikan diskaun RM100 kepada pembeli terawal varian baru ini. Jadi, beli pada harga 128GB dan dapat storan 256GB!

Harga rasmi Infinix Note 12 2023 di Malaysia adalah seperti berikut:



  • Infinix Note 12 2023 (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM799
  • Infinix Note 12 2023 (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM899

Storan 256GB untuk Infinix Note 12 2023 akan mula dijual pada hari Khamis, 27 Oktober 2022. Khas selama 3 hari antara 27 hingga 29 Oktober 2022, diskaun RM100 diberikan untuk pembeli. Ini menjadikan harga storan 256GB kepada RM799 sahaja, sama dengan varian 128GB. Ia terdapat di Stor Rasmi Infinix di Shopee sahaja.

Selain itu, pembeli juga akan diberikan hadiah percuma berupa sarung edisi terhad MLBB serta MLBB Diamond sehingga 125K.

Infinix menggelar telefon pintar Infinix Note 12 2023 sebagai telefon pintar ‘Anti Lag Lag Club’. Ia dikuasakan cip Mediatek Helio G99 6nm, bersama RAM 8GB yang boleh ditambah secara maya menjadi 13GB.

Skrin telefon ini jenis AMOLED HD Penuh, seluas 6.7-inci dan ia ada bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W USB-C. Tiga kamera terdapat di belakang dengan kamera utamanya 50MP. Ia juga ada speaker stereo dan jek audio 3.5mm.

Terdapat tiga warna disediakan untuk Infinix Note 12 2023, antara kelabu, biru dan putih. Kenali telefon ini dengan lebih mendalam menerusi reviu oleh Hanif di sini.

Bacaan Berkaitan

  • Infinix Note 12 2023: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Infinix Note 12 G96 & G88, skrin AMOLED berharga di bawah RM1,000
  • Infinix Zero X Pro dan Zero 5G, beri nilai tinggi untuk peranti kelas pertengahan
Tags: InfinixInfinix Note 12infinix note 12 2023
Najib

Najib

POPULAR

Diskaun RM100 untuk Infinix Note 12 2023 lebih besar selama tiga hari

Diskaun RM100 untuk Infinix Note 12 2023 lebih besar selama tiga hari

25 October 2022
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN