• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy A04, telefon Samsung paling murah dilancar tahun ini

  • OLEH Najib
  • 3:13 pm
  • 28/10/2022
  • Komen
Galaxy A04, telefon Samsung paling murah dilancar tahun ini
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung Malaysia baru mengumumkan telefon pintar murah Galaxy A04s minggu lepas, tetapi harganya tidaklah terlalu murah. Jika anda mahu yang lebih murah, Samsung kini membawakan Galaxy A04 ke Malaysia. Ingat ya, namanya tiada ‘s’ di belakang.

Menurut Samsung, Galaxy A04 kini telah dijual di Malaysia pada harga jauh lebih rendah berbanding Galaxy A04s iaitu:



  • Samsung Galaxy A04 (RAM 3GB + Storan 32GB) – RM479
  • Samsung Galaxy A04 (RAM 4GB + Storan 64GB) – RM559

Terdapat tiga pilihan warna disediakan untuk Galaxy A04 iaitu hitam, hijau dan gangsa. Ia boleh dibeli di Stor Online Samsung Malaysia sekarang.

Spesifikasi Samsung Galaxy A04

Dengan harga lebih murah daripada Galaxy A04s, pastinya prestasinya lebih rendah. Galaxy A04 dikuasakan cip Mediatek Helio P35 8-teras, bersama RAM sehingga 4GB dan storan sehingga 64GB. Kad mikroSD diterima sehingga 1TB untuk menambah storan.



Skrin di hadapan jenis PLS LCD, berukuran 6.5-inci dengan resolusi HD (1600×720). Ia bertakuk kecil di atas, memuatkan kamera hadapan 5MP F2.2. Di belakang, terdapat dua kamera iaitu kamera utama 50MP F1.8 dan kamera potret 2MP F2.4.

Kapasiti bateri agak besar, 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 15W melalui USB-C. Speaker hanya ada satu tetapi ia menerima sambungan berwayar melalui jek audio 3.5mm di bawah.

Sama seperti Galaxy A04s, telefon ini menggunakan sistem operasi One UI Core 4.1 berasaskan Android 12. Ia boleh berjalan lancar tetapi dengan fungsi yang dikurangkan berbanding OS biasa.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Galaxy A04.

Bacaan Berkaitan

  • Galaxy A04s peranti murah terbaru dikuasakan cip lama Samsung
  • Galaxy A13 5G, satu lagi telefon 5G mampu milik yang tak perlu dimiliki
  • Galaxy A13 dan Galaxy A23: Telefon mampu milik baru Samsung di bawah RM1,000
Tags: Galaxy A04samsungSamsung Galaxy A04
Najib

Najib

POPULAR

Galaxy A04, telefon Samsung paling murah dilancar tahun ini

Galaxy A04, telefon Samsung paling murah dilancar tahun ini

28 October 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

14 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER