• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Syarikat induk Facebook rancang buang lebih ramai pekerja daripada Twitter mulai minggu ini

  • OLEH Najib
  • 10:53 am
  • 07/11/2022
  • Komen
Syarikat induk Facebook rancang buang lebih ramai pekerja daripada Twitter mulai minggu ini
Share on FacebookShare on Twitter

Meta, syarikat induk yang memiliki platform media sosial terkemuka dunia seperti Facebook, Instagram dan WhatsApp, baru-baru ini dilaporkan akan membuang pekerja dalam skala yang sangat besar. Perkara ini dilaporkan oleh The Wall Street Journal (WSJ) yang mendapat maklumat daripada sumber dalaman syarikat.

Pembuangan pekerja besar-besaran ini dikatakan akan bermula seawal hari Rabu ini, 9 November 2022. Pada bulan September lepas, Meta melaporkan mereka memiliki sebanyak 87,000 pekerja. Tidak diketahui lagi berapa peratus yang terkesan, tetapi dikatakan ia jauh lebih banyak berbanding Twitter yang baru mengurangkan lebih separuh daripada 7,500 pekerja sebelum ini.



Perkara ini sebenarnya telah diberi petunjuk lebih awal oleh barisan pegawai atasan Meta. Ketua Pegawai Produk Meta, Chris Cox pernah mengatakan pada bulan Jun lepas, pekerja harus bekerja lebih tepat di waktu perkembangan yang perlahan. Mark Zucekerberg selaku CEO pula dalam soal jawab dalaman syarikat, menyatakan ada pekerja yang tidak sepatutnya ada dalam syarikat serta telah membekukan pengambilan pekerja pada bulan September lepas. Malah, Zuckerberg juga memberi amaran bahawa syarikat akan lebih mengecil di masa akan datang.

CEO Meta, Mark Zuckerberg

The Verge melaporkan, mereka tidak mendapat jawapan daripada Meta apabila ditanya, sebaliknya dibawa untuk merujuk kepada laporan kewangan Meta bulan lepas. Ia menyebut, meta mahu memfokuskan pelaburan mereka pada bahagian pembangunan penting yang kecil tahun 2023. Ada pasukan yang akan membangun dengan baik tetapi kebanyakan pasukan akan kekal atau dikecilkan tahun hadapan. Meta dijangka akan mengekalkan saiz pekerja yang sama tahun hadapan, atau sedikit kecil berbanding tahun ini.



Langkah Meta untuk membuang pekerja besar-besaran mungkin berkaitan dengan pelaburan mereka di bahagian Realiti Maya (Virtual Reality, VR). Zuckerberg telah melabur banyak untuk VR tetapi kerugian USD9.4 bilion tahun ini. Saham mereka juga menjunam teruk, paling rendah sejak tahun 2016.

[Sumber: The Verge, WSJ]

Tags: FacebookMark Zuckerbergmeta
Najib

Najib

POPULAR

Syarikat induk Facebook rancang buang lebih ramai pekerja daripada Twitter mulai minggu ini

Syarikat induk Facebook rancang buang lebih ramai pekerja daripada Twitter mulai minggu ini

7 November 2022
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Nanti dulu! Ini sebab utama anda tak perlu tukar MyKad baharu buat masa ini

Nanti dulu! Ini sebab utama anda tak perlu tukar MyKad baharu buat masa ini

21 September 2026
GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

24 September 2026
Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

21 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN