Jualan Mega 11.11 hari ini memang diketahui ramai, menyediakan promosi dan tawaran menarik untuk membeli-belah atas talian. Tetapi platform Shopee, selangkah ke hadapan apabila menawarkan promosi untuk penghantaran makanan mereka, ShopeeFood.
Apa yang berbeza di ShopeeFood berbanding Shopee sendiri adalah ia masih menerima baucar berlapis-lapis. Anda boleh menggunakan 2 baucar serentak, seperti baucar penghantaran percuma dan diskaun makanan untuk membeli makanan. Jika di Shopee, tiada lagi 2 atau 3 baucar boleh digunakan serentak.

Antara tawaran di ShopeeFood pada 11.11 adalah:
1. Penghantaran percuma tanpa belanja minima
Baucar penghantaran percuma boleh digunakan di ShopeeFood semasa 11.11 tanpa perlu belanja minima. Maknanya, beli makanan RM1 pun boleh guna baucar ini. Tetapi ingat, ada caj lain dikenakan iaitu caj pesanan kecil RM2, jika berbelanja kurang dari RM12.
Tetapi baucar ini boleh digunakan di kedai terpilih, yang ada tanda penghantaran percuma. Semak betul-betul dulu.

2. Diskaun 50% sehingga RM10
Lebih banyak belanja, lebih banyak diskaun. Anda boleh nikmati diskaun 50% sehingga RM10 khas pada 11.11. Baucar ini harus ditebus terlebih dahulu dan diberikan hanya 1 keping. Terdapat juga baucar diskaun 50% lain tetapi dengan had RM8 serta had RM5.
Bagusnya, ia boleh digabungkan dengan baucar penghantaran percuma. Kurangnya pula, ia terhad kepada kedai terpilih. Kena cek sebelum bayar, baucar boleh digunakan atau tidak.
3. Jualan kejutan RM11
Ini anda harus teliti dari semasa ke semasa. ShopeeFood akan menyenaraikan makanan “RM11 Shocking Sale” iaitu harga tetap RM11. Anda boleh menyemaknya di halaman utama ShopeeFood dan memilih makanan yang diingini serta bayar RM11 sahaja.
Ingat, ada caj pesanan kecil RM2 kalau belanja kurang RM12. Baiknya, boleh gunakan juga baucar penghantaran percuma dan baucar diskaun, tetapi kena pilih kedai yang menyertai.

4. Nilai hebat dengan ShopeePay
Shopee juga menawarkan diskaun sehingga 20% untuk membeli e-baucar semasa 11.11 menggunakan ShopeePay. Antaranya baucar Tealive RM10 berharga RM8, baucar aiskrim Baskin Robbin RM33.50 berharga RM26.80 serta baucar Salad Atelier RM30 berharga RM25 sahaja.
Anda boleh semak semua tawaran baucar ShopeePay di sini.
5. Hari ShopeeFood dari 12-17 November
Tak cukup sehari? Tawaran ShopeeFood akan dilanjutkan selama seminggu, sehingga 17 November 2022. Antara tawaran yang menanti kelak adalah diskaun sehingga 50% serta diskaun sehingga 99% pada 14 & 15 November.
6. Beli, komen dan menang
Menambah kemeriahan 11.11 di ShopeeFood adalah peluang untuk anda memenangi hadiah dengan mudah. Antara hadiah yang menanti adalah penyedut hampagas Philips, mesin kopi Nespresso, Air Fryer Philips, seterika Philips dapur induksi Tefal dan baucar ShopeeFood.
Apa yang anda perlu lakukan adalah:
a. Ikuti Facebook ShopeeFood Malaysia dan Instagram ShopeeFood Malaysia.
b. Belanja di ShopeeFood sekurang-kurangnya RM25 untuk satu penyertaan.
c. Like dan tinggalkan komen anda di post Facebook di sini atau Instagram di sini dan lengkapkan ayat “My favourite ShopeeFood order is …..”

Anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan jika membuat lebih banyak pembelian di ShopeeFood.
Dah terliur dengan banyak tawaran ini? Segeralah ke ShopeeFood dan tempah makanan kegemaran anda sekarang.