• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google meriahkan Qatar 2022 dengan minipermainan di enjin carian, silalah cuba

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:27 am
  • 21/11/2022
  • Komen
Google meriahkan Qatar 2022 dengan minipermainan di enjin carian, silalah cuba
Share on FacebookShare on Twitter

Kejohanan bola sepak Piala Dunia 2022 (Qatar 2022) telahpun mengangkat tirainya. Perlawanan pertama antara tuan rumah Qatar dengan Ecuador sudahpun berlangsung dengan keputusan Qatar ditundukkan Ecuador dengan skor 2 berbalas 0.

Bersempena dengan  demam Qatar 2022 ini, Google turut sama menyertai memeriahkan suasana secara dalam talian. Ada boleh temui minipermainan di laman carian Google yang boleh anda main untuk mengisi masa lapang.



Minipermainan itu merupakan satu sesi sepakan penalti dan objektif anda adalah untuk menyumbat seberapa banyak bola ke dalam gawang gol. Skor terhenti apabila bola anda tidak masuki gawang ataupun ditangkap oleh penjaga gol.

Bila ingin menyertai permainan, anda diminta untuk memilih negara yang sedang bertanding. Misalnya, perlawanan seterusnya yang bakal berlangsung pada jam 9 malam, 21 November 2022 adalah antara England dan Iran. Selepas memilih negara, anda boleh mula menendang masuk bola ke dalam gol.



Jumlah gol anda akan dibawa untuk dikumpulkan bersama gol peserta lain dan anda bolehlah lihat negara mana yang sedang mendahului. Mungkin ini salah satu Google melombong data bagi melihat persepsi pengguna terhadap sesuatu negara peserta Qatar 2022?

Kalau anda masih ingat, minipermainan Google bersempena Piala Dunia ini adalah mirip Popcat dan Popdog yang menjadi tular sekitar Ogos 2021 lalu. Seperti Google, Popcat misalnya turut mengeksploitasi interaksi kita dengan skrin bagi menghimpun mata. Cumanya pada ketika itu, skor dikelaskan mengikut negara berbanding pada negara pasukan bola sepak yang sedang bertanding.

Negara Malaysia pernah menduduki tempat kedua dalam pertandingan Popcat dengan mencatatkan hampir 10 billion klik pada kadar purata 35.4K klik per saat.

Tags: fifa 2022Googlepiala dunia 2022Piala Dunia Qatar 2022qatar 2022
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Google meriahkan Qatar 2022 dengan minipermainan di enjin carian, silalah cuba

Google meriahkan Qatar 2022 dengan minipermainan di enjin carian, silalah cuba

21 November 2022
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN