• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo Y22s dilancar di Malaysia, agak mahal dengan skrin HD dan dua kamera sahaja

  • OLEH Najib
  • 10:09 am
  • 29/11/2022
  • Komen
Vivo Y22s dilancar di Malaysia, agak mahal dengan skrin HD dan dua kamera sahaja
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan tema keriangan berganda, Vivo Malaysia melancarkan telefon pintar Vivo Y22s, sebuah peranti kelas pertengahan. Ia merupakan naik taraf kepada model sebelumnya, dengan keupayaan RAM maya sehingga 8GB untuk menjadikan jumlah RAM boleh guna kepada 16GB.

Harga dan promosi

Telefon pintar terbaru ini telah mula dijual di Malaysia pada 26 November 2022. Ia boleh dibeli daripada semua pengedar sah Vivo, serta atas talian di Lazada dan Shopee.



Harga jualan rasminya di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Vivo Y22s (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM999

Bagi menarik minat pembeli, Vivo Malaysia mengadakan promosi untuk pembeli terawal. Dari 26 November sehingga 25 Disember 2022, setiap pembelian Vivo Y22s akan menerima lanjutan jaminan tahun kedua bernilai RM199. Di Lazada dan Shopee pula, pembeli akan turut menerima hadiah percuma berupa Topi FIFA Edisi 2022 bernilai RM60.



Spesifikasi Vivo Y22s

Kuasa kelas pertengahan di Vivo Y22s digerakkan oleh cip Snapdragon 680 6nm, bersama RAM 8GB dan storan dalaman 128GB. Dengan teknologi baru, ia boleh menukar ruang storan kepada RAM maya sehingga 8GB, menjadikan jumlah RAM kepada 16GB. Storan juga boleh diluaskan menggunakan kad mikroSD, diterima sehingga 1TB.

Bagaimanapun, paparannya dilihat sangat mengecewakan. Pada harga hampir RM1,000, ia bukan sahaja masih menggunakan skrin LCD, malah resolusinya cuma 720p, bukan HD Penuh. Kadar penyegaran pula 90Hz dan ia ada takuk kecil di dahi skrin. Pengimbas capjari terdapat di dalam butang kuasa di sisi badan.

Kamera hadapan 8MP terletak di dalam takuk kecil di atas skrin. Kamera belakang pula ada dua, iaitu kamera utama 50MP dan kamera makro 2MP. Sekali lagi, agak mengecewakan apabila tiada kamera ultra lebar.

Kapasiti bateri agak biasa, 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 18W melalui USB-C. Speaker kelihatan mono dan tiada jek audio 3.5mm. Sistem operasi pula menggunakan FunTouch OS 12, berasaskan Android 12. Adakah ia akan menerima kemaskini Android 13? Sukar dikatakan.

Terdapat dua warna pilihan disediakan iaitu Biru Cerah dan Biru gelap.

Bacaan Berkaitan

  • Vivo V25 Pro miliki RAM sehingga 20GB dan kamera swafoto autofokus
  • Vivo V25 miliki kamera swafoto 50MP dan kulit sesumpah dilancar di Malaysia
  • Vivo Y35, peranti mampu milik dengan RAM boleh diluaskan sehingga 16GB
  • Vivo Y77 dilancar, ada 5G dan storan luas 256GB
Tags: vivoVivo Y22s
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Vivo Y22s dilancar di Malaysia, agak mahal dengan skrin HD dan dua kamera sahaja

Vivo Y22s dilancar di Malaysia, agak mahal dengan skrin HD dan dua kamera sahaja

29 November 2022
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN