• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

AirAsia Community, Chat, dan Gifts dilancar, pusat sehenti pengembara rentas sempadan pertama seumpamanya

  • OLEH Najib
  • 8:37 pm
  • 12/12/2022
  • Komen
AirAsia Community, Chat, dan Gifts dilancar, pusat sehenti pengembara rentas sempadan pertama seumpamanya
Share on FacebookShare on Twitter

Capital A, syarikat induk kepada perisian semua-dalam-satu AirAsia Super App, hari ini memperkenalkan tiga ciri baru di dalam aplikasi iaitu Chat, Games dan Gifts. Ia merupakan sebahagian daripada visi Capital A untuk memberi pengalaman lebih baik kepada pengguna melalui sumbangan komuniti dan kumpulan.

Pada asasnya, Community akan dipanggil sebagai AirAsia Republic dan menjadi sebuah hab perhubungan pengguna. Menurut Tony Fernandes, sudah lama dia mahu menubuhkan AirAsia Community sendiri terutamanya perkhidmatan permesejan walaupun mereka syarikat penerbangan. Dengan aplikasi AirAsia Super yang semakin berkembang, ini adalah inovasi yang perlu diperkenal kepada semua.



Tony Fernandes, CEO Capital A

AirAsia kini memiliki pangkalan data mengenai 51 juta pengembara yang sentiasa mencari kandungan, maklumat dan hiburan yang penting untuk melancarkan pengalaman mereka sebelum, ketika dan selepas perjalanan. Ia akan menjadi ruang di mana AirAsia dapat merapatkan warga ASEAN, membolehkan komuniti untuk berkongsi maklumat, melibatkan diri dan membina hubungan yang bermakna, berkongsi kreativiti dan belajar antara satu sama lain, sekaligus mewujudkan semangat kemasyarakatan yang kukuh, jelas Tony lagi.

AirAsia Chat

Sebenarnya ‘Chat’ bukanlah perkara baru di dalam aplikasi AirAsia Super. Ia telah sekian lama ada di dalam tetapi kini diperkemas dengan profil sosial pengguna. Dengan menetapkan profil peribadi, pengguna boleh berinteraksi di dalam komuniti secara sembang 1-dengan-1, berinteraksi dengan komuniti yang mempunyai minat yang sama dan mengkhususkan kandungan yang mereka terima.



Pengguna juga boleh menyertai lebih 20 komuniti aktif terdiri daripada penggemar makanan, pengembara yang inginkan cabaran baharu dan mengikuti saluran atau ‘Channels’ untuk mendapatkan berita dan promosi terkini daripada keseluruhan ekosistem airasia.

AirAsia Gifts

Ini adalah ciri serba baharu yang ditambah ke dalam aplikasi AirAsia Super. Ia dijayakan dengan kerjasama COOP Marketing Group, peneraju industri baucar mudah alih Korea Selatan yang terkenal.

Keistimewaan ciri ini adalah pemberian hadiah secara rentas sempadan negara yang tidak dapat ditawarkan oleh aplikasi super lain. Ia kini terdapat untuk pengguna di Malaysia, Singapura dan Indonesia mulai hari ini.

Ciri ini boleh diakses melalui ‘AirAsia chat’ (hab komuniti), dan para pengguna boleh mencuba ciri pemberian mudah alih merentasi sempadan dan memilih daripada kategori hadiah yang termasuk:

  • Produk AirAsia – Penerbangan, Hotel, khidmat penghantaran makanan
  • Kecantikan, Kesihatan & Kesejahteraan (Watsons, BMS, Thai Paradise, Ogawa)
  • Hiburan (PlayStation Network, Razer)
  • Fesyen (Zalora, Adidas, FootLocker)
  • Makanan & Minuman (Starbucks, FamilyMart, Secret Recipe, Dominos)
  • Lebih 300 jenama baucar hadiah mudah alih untuk dipilih

Sempena pelancaran, AirAsia Gifts menyediakan promosi istimewa RM1 untuk ais krim Family Mart serta RM1 Puff Nasser (karipap) dari Santan airasia.

Tags: AirAsiaAirasia Super App
Najib

Najib

POPULAR

AirAsia Community, Chat, dan Gifts dilancar, pusat sehenti pengembara rentas sempadan pertama seumpamanya

AirAsia Community, Chat, dan Gifts dilancar, pusat sehenti pengembara rentas sempadan pertama seumpamanya

12 December 2022
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

6 July 2026
Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

7 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN