• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature Tips & Tricks

TIPS: 5 cara efektif panjangkan hayat tayar kereta sambil berjimat

  • OLEH Fatin Amanina
  • 9:00 am
  • 18/12/2022
  • Komen
TIPS: 5 cara efektif panjangkan hayat tayar kereta sambil berjimat
Share on FacebookShare on Twitter

Umum mengetahui harga tayar kereta bukanlah murah. Namun jika tidak dijaga dengan baik sehingga kelihatan sangat haus, ia tetap perlu ditukar kerana boleh timbulkan banyak masalah. Contohnya seperti mudah hilang kawalan kereta, terbabas di jalan yang basah dan licin, perlukan jarak yang bertambah untuk berhenti dan banyak lagi.

Pasti ramai yang berharap tayar kereta boleh diguna lama kerana mahu berjimat. Oleh itu, berikut merupakan penyelesaian terbaik untuk menjaga tayar dengan betul supaya ia dapat berfungsi dengan baik dalam jangka masa yang lama.



1. Kekalkan tekanan tayar pada tahap yang disyorkan

Tekanan tayar adalah salah satu faktor penting yang mempengaruhi jangka hayat tayar itu. Untuk menjaga tayar dengan betul, pastikan anda tahu tekanan yang diperlukan pada tayar dan periksanya dengan kerap. Tekanan tayar cenderung berkurang mengikut masa, jadi singgah ke stesen minyak sekali atau dua kali setiap bulan untuk isi angin tayar pada tekanan optimum.

Anda boleh dapatkan tekanan udara yang betul untuk tayar kereta di dalam buku manual kenderaan anda. Jika anda tidak bawa buku manual di dalam kereta, anda boleh rujuk pada pelekat tekanan udara di sisi pintu kereta.



Sumber

2. Selalu ubah kedudukan tayar

Kesan yang berlaku pada tayar seperti tahap haus atau koyak bergantung pada kedudukan tayar itu sendiri, sama ada ia diletakkan di depan atau belakang. Penyelesaian yang sangat berkesan untuk imbangi kehausan tayar adalah dengan ubah kedudukan tayar. Contohnya kedua-dua tayar belakang ditukar ke depan, manakala tayar depan di bawa ke belakang.

Sumber

Kekerapan tayar kereta perlu diubah adalah bergantung pada gaya pemanduan, keadaan jalan raya yang anda lalui dan tabiat penyelenggaraan tayar. Namun, tempoh yang baik adalah kira-kira setiap 6 bulan atau apabila perbatuan anda mencecah 10,000km. Anda cuma perlu bawa kereta temui mekanik atau pusat servis tayar, kemudian mereka akan bantu memeriksa dan ubah kedudukan tayar jika perlu.

3. Lakukan penjajaran (alignment) dengan kerap

Apabila anda singgah ke pusat servis untuk ubah kedudukan tayar, anda boleh minta mekanik sekaligus lakukan alignment tayar. Proses ini perlu untuk laraskan tayar ke sudut yang betul, sekaligus bantu memanjangkan jangka hayatnya. Bukan itu sahaja, langkah ini turut membantu berikan anda pemanduan yang lebih lancar serta penggunaan bahan api yang lebih cekap.

4. Elak bawa beban berlebihan

Jangka hayat tayar boleh terjejas apabila kereta terbeban dengan barang-barang berat atau membawa ramai penumpang lebih daripada yang sepatutnya. Jika anda nak elakkan kehausan atau masalah lain pada tayar, jangan bebankan kereta anda melainkan anda tidak mempunyai pilihan lain. Lebih baik anda ikut indeks beban tayar (load index) yang disediakan oleh pengilang.

Sumber

5. Amalkan tabiat memandu yang baik

Pandu kereta dengan cermat. Elak pemanduan yang cuai seperti memandu laju dalam keadaan teruk, mengambil selekoh yang sangat tajam, memandu di atas objek kasar di jalan raya serta kerap brek mengejut. Semua ini boleh mengakibatkan tayar anda haus dan koyak. Lagipun, tindakan tersebut sangat berbahaya sebab ia boleh menyebabkan anda kehilangan kawalan pada kereta.

Dengan melakukan tips ini, anda bukan sahaja boleh panjangkan jangka hayat tayar, malah ia juga boleh menjimatkan wang. Tapi anda perlu tahu, semua tayar kereta ada jangka hayat maksimum. Jadi, tukarlah tayar apabila sudah tiba masanya atas dasar keselamatan. Selain itu, sediakan juga 5 gadget ini di dalam kereta untuk menyelamatkan tayar kereta anda sekiranya ia pancit secara tiba-tiba.

[Sumber: GSH]

[Sumber gambar: Regen]

Tags: keretatayar kereta
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
TIPS: 5 cara efektif panjangkan hayat tayar kereta sambil berjimat

TIPS: 5 cara efektif panjangkan hayat tayar kereta sambil berjimat

18 December 2022
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER