• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Astro nafi maklumat pelanggan terdedah di forum atas talian

  • OLEH Najib
  • 12:14 pm
  • 03/01/2023
  • Komen
Hands-on: Apa yang anda dapat bila langgan Astro Ultra?
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun TM melaporkan berlakunya kebocoran data pelanggan Unifi Mobile, Astro pula menafikan perkara tersebut berlaku. Sama seperti Maybank, Astro mendapati tiada maklumat pelanggan mereka terdedah dalam kes tersebut.

Menurut Astro, siasatan mereka mendapati tiada maklumat sulit pelanggan dalam simpanan mereka dibocorkan. Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan dan Astro akan memaklumkan jika ada laporan terkini.



Berikut adalah kenyataan penuh Astro:

Dakwaan Kebocoran Data

Astro sudah dimaklumkan bahawa terdapat insiden yang melibatkan dakwaan perkongsian data para pelanggan kami tanpa kebenaran. Berdasarkan penyiasatan terkini kami, Astro percaya bahawa tiada informasi sulit para pelanggan dalam pegangan kami dibocorkan. Keselamatan informasi sulit para pelanggan Astro merupakan kepentingan utama kami dan kami percaya bahawa kami telah mengambil tindakan keselamatan sewajarnya untuk melindungi data para pelanggan kami. Penyiasatan sedang giat dijalankan dan kami akan memaklumkan jika terdapat laporan terkini.

Dalam laporan kebocoran data yang dikatakan dimuat naik di sebuah forum atas talian, beberapa sampel data telah dikongsikan di bawah nama Astro. Maklumat yang dimuat naik adalah seperti nama penuh pelanggan bersama nombor kad pengenalan, tiga senarai nombor telefon dan alamat penuh. Data tersebut dikatakan memiliki 3.5 juta rekod Astro, 1.8 juta rekod Maybank dan 7.2 juta rekod SPR.



Menurut Maybank, selepas membuat siasatan bersama pihak ketiga, mereka mengesahkan bahawa kebocoran data yang diwar-warkan itu adalah palsu. Tuduhan yang mengatakan berlakunya kebocoran data pengguna Maybank, sebenarnya adalah tidak benar.

[Sumber: Astro]

Bacaan Berkaitan

  • Siasatan Maybank sahkan tiada kebocoran data pelanggan berlaku
  • 250,248 data pelanggan Unifi Mobile terdedah, pengguna diminta terus berjaga-jaga
  • Fahmi Fadzil mahu SKMM dan KKD kaji mekanisma terbaik atasi iklan scam di media sosial
Najib

Najib

POPULAR

Hands-on: Apa yang anda dapat bila langgan Astro Ultra?

Astro nafi maklumat pelanggan terdedah di forum atas talian

3 January 2023
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
Oppo Find X10 Pro Max jadi antara telefon pertama guna cip Dimensity 9600 Pro 2nm

Oppo Find X10 Pro Max jadi antara telefon pertama guna cip Dimensity 9600 Pro 2nm

15 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN