• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

NSRC berjaya selamatkan RM1.4 juta wang mangsa scammer tahun lepas

  • OLEH Najib
  • 11:36 am
  • 06/01/2023
  • Komen
NSRC berjaya selamatkan RM1.4 juta wang mangsa scammer tahun lepas
Share on FacebookShare on Twitter

Penipuan atas talian yang berleluasa menjadi perkara penting dan dipandang serius oleh Menteri Komunikasi dan Digital, YB Ahmad Fahmi Fadzil. Dalam temubual bersama BFM, dia mengingatkan oragn ramai terutama mangsa penipuan (scam), supaya tidak takut dan malu untuk melaporkan segera kes penipuan yang terjadi kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) dengan mendail 997.

Fahmi menjelaskan, mangsa yang menghubungi NSRC dalam tempoh 24 jam, berkemungkinan akan mendapat semula wang yang telah ditipu scammer. Tambah Fahmi, antara Oktober dan November 2022, sekitar 4,000 panggilan telah dibuat kepada NSRC. Daripada RM12 juta wang yang ditipu scammer, sekitar RM1.3 juta ke RM1.4 juta telah berjaya diselamatkan oleh NSRC. Satu pencapaian yang agak besar. NSRC telah ditubuhkan oleh kerajaan terdahulu pada Oktober 2022.



Penipuan atau scam adalah fokus utama Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD). Menterinya bersama timbalan menteri bekerjasama rapat untuk menanganinya. Kata Fahmi lagi, Timbalan Menteri Kewangan, YB Steven Sim juga mahu turut sama membanteras penipuan ini kerana terdapat banyak kaitan dengannya. Ini termasuk institusi kewangan, komunikasi dan aspek penyiasatan yang melibatkan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Di dalam dialog awam (town hall) yang diadakan bulan lepas, Fahmi telah berkongsi bahawa jika mangsa menghubungi NSRC dalam tempoh 24 jam insiden berlaku, Bank Negara Malaysia (BNM) boleh mengambil tindakan segera untuk menghentikan aliran keluar wang daripada sistem. Fahmi juga menerangkan tentang bagaimana penipuan menjadi risiko keselamatan negara kerana dana tersebut akan disalurkan ke pasaran ekonomi gelap dan mungkin digunakan untuk pembelian dadah atau senjata.



[Sumber: BFM]

Bacaan Berkaitan

  • Bajet 2023: Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) ditubuh bulan ini sebagai pusat sehenti menentang scammer
  • Ditipu scammer? Dail 997 NSRC segera supaya wang keluar boleh disekat
  • Semangat perangi scam, JSJK PDRM lancar video muzik “Be Smart Stay Alert”
Tags: bnmFahmi FadzilNSRCSCAM
Najib

Najib

POPULAR

NSRC berjaya selamatkan RM1.4 juta wang mangsa scammer tahun lepas

NSRC berjaya selamatkan RM1.4 juta wang mangsa scammer tahun lepas

6 January 2023
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN