• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

BMW ungguli pasaran kenderaan mewah tahun ketiga, perteguh Malaysia sebagai hab elektrik dan automotif

  • OLEH Najib
  • 10:13 am
  • 11/01/2023
  • Komen
BMW ungguli pasaran kenderaan mewah tahun ketiga, perteguh Malaysia sebagai hab elektrik dan automotif
Share on FacebookShare on Twitter

BMW Group Malaysia mencatatkan pertumbuhan memberansangkan tahun lepas, sekaligus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai peneraju Segmen Kenderaan Premium di Malaysia. Malah, BMW menyatakan mereka mengekalkan kedudukan peneraju ini buat tahun ketiga berturut-turut di Malaysia.

Pengeluar kenderaan premium ini merekodkan pertumbuhan berkadar dua digit yang merentasi kenderaan berjenama BMW, MINI dan BMW Motorrad. Sebanyak 14,400 unit kenderaan BMW, MINI dan BMW Motorrad telah diserahkan pada tahun 2022, dengan 70% daripadanya dipasang di dalam negara.



BMW CE 04

Malah, BMW mencatatkan lebih 31% penyerahan kenderaan berelektrik BMW dan MINI pada tahun 2022. Ini menjadikan jumlah kenderaan berelektrik edaran BMW Group Malaysia telah berada di jalan raya setakat ini kepada lebih 25,000 unit.

Untuk pecahan mengikut jenama, BMW telah berjaya menyerahkan lebih 11,800 unit kenderaan (peningkatan 37%), manakala MINI telah menyerahkan lebih 1,300 unit kenderaan (peningkatan 25%). Bagi BMW Motorrad pula, mereka berjaya menyerahkan lebih 1,300 buah motosikal (peningkatan 20%). Secara keseluruhan, ia bersamaan dengan peningkatan berkadar lebih 34% dalam jumlah penyerahan yang merentasi seluruh portfolio BMW Group dari tahun sebelumnya.



Malaysia sebagai Hab Elektrik dan Automotif

Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia

Bagi kenderaan berelektrik, sebanyak 4,000 jentera BMW dan MINI berelektrik telah diserahkan pada tahun 2022 sahaja. Dalam rekod ini, lebih 31% adalah kenderaan elektrik (EV) sepenuhnya. Ia termasuk penyerahan lebih 970 BMW iX kepada pemilik baharu.

Untuk melancarkan lagi penggunaan EV, BMW Group Malaysia turut menggiatkan peluasan rangkaian pengecasan awamnya di seluruh negara sepanjang 2022. Setakat ini, pemilik EV BMW dan MINI diberi akses kepada lebih 610 buah fasiliti pengecasan di seluruh Malaysia.

BMW Group Malaysia telah bekerjasama dengan pelbagai rakan industri sedia ada untuk membekalkan akses kepada stesen pengecas EV untuk pemilik EV BMW dan MINI. Ia termasuk lebih 330 stesen pengecas ChargEV, termasuk 26 fasiliti dikuasakan bersama Yinson GreenTech di lebih 17 cawangan Starbucks. Selain itu, kerjasama dengan JomCharge mewujudkan akses kepada lebih 65 stesen pengecasan. Serta gandingan bersama Gentari di sekitar 117 stesen pengecasan EV di seluruh negara.

Fasiliti BMW i-Charging juga disediakan di kebanyakan pusat pengedaran BMW dan MINI bertauliah di seluruh negara. BMW Group Malaysia meneydiakan rancangan strategik untuk mengembangkan lagi infrastruktur pengecasan EV pada tahun 2023.

Bagi membuktikan keyakinan BMW Group Malaysia ke atas pelaburannya di Malaysia sebagai hab automotif serantau, BMW giat mempersiapkan tenaga kerja dalam arena EV menerusi Persijilan Pakar Voltan Tinggi BMW sebagai sebahagian daripada komitmen jangka panjangnya untuk menaikkan kemahiran bakat-bakat automotif tempatan melalui pemindahan ilmu teknologi yang merentasi BMW Group. Malah, lebih 70% kenderaan BMW dan MINI dipasang di dalam negara oleh tenaga kerja tempatan.

BMW memiliki kilang pemasangan berkeupayaan tinggi di Kulim, Kedah serta telah memasang dan menyerahkan lebih 11,200 buah kenderaan BMW dan MINI tahun lepas. Daripada angka tersebut, lebih 2,500 buah adalah EV.

Sepanjang tahun 2022, sebanyak 17 model varian diperkenalkan BMW Group Malaysia, dengan tiga daripadanya adalah EV iaitu BMW i baharu. Tahun 2023, BMW Group Malaysia akan meluaskan barisan produk dan menggiatkan kerjasama dengan rakan industri utama.

Bacaan Berkaitan

  • Skuter BMW yang akan masuki Malaysia ini, lebih berkuasa daripada 400cc tapi tak perlukan B Penuh
  • Telefon berkuasa Snapdragon 8 Gen 2 dan BMW M adalah telefon pertama iQoo di Malaysia
  • BMW sediakan pengecas pantas kenderaan elektrik, bermula di Ara Damansara
  • Apa yang menarik dengan BMW iX dan i4?
Tags: BMW
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
BMW ungguli pasaran kenderaan mewah tahun ketiga, perteguh Malaysia sebagai hab elektrik dan automotif

BMW ungguli pasaran kenderaan mewah tahun ketiga, perteguh Malaysia sebagai hab elektrik dan automotif

11 January 2023
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER