• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Model AI Microsoft ini mampu jana audio palsu menggunakan sampel suara 3 saat sahaja

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:48 pm
  • 11/01/2023
  • Komen
Model AI Microsoft ini mampu jana audio palsu menggunakan sampel suara 3 saat sahaja
Share on FacebookShare on Twitter

Sekumpulan penyelidik daripada Microsoft telah berkongsikan hasil kajian terbaharu mereka yang merupakan sebuah model AI untuk kegunaan text-to-speech (TTS) yang dipanggil VALL-E. Model AI hasilan mereka ini unik kerana cara kerjanya tidak sama seperti TTS sedia ada.

TTS konvensional menggunakan asas mel-spectrogram untuk menjana peta gelombang sebaliknya VALL-E berasaskan kod token. Hasilnya, VALL-E mampu menjana profil suara dengan sumber audio sependek 3 saat sahaja.



Penyelidik berkongsikan puluhan sampel audio janaan AI untuk dibandingkan dengan sumber asas yang boleh anda dengarinya di sini.

VALL-E bukan sahaja boleh meniru lenggok pertuturan audio sumber, malahan ia boleh mengekalkan bunyi latar persekitaran. Dalam contoh yang diberikan adalah sumber audio adalah daripada rakaman perbualan telefon dan ia mampu mereplikasikan bunyi seperti perbualan telefon.



Menyedari akan potensi disalah guna, penyelidik mengakui yang ia boleh dieksploitasi pihak tak bertanggungjawab untuk menyamar menjadi orang lain bagi tujuan jahat. Bagi mengelakkan kejadian tersebut, mereka mengatakan yang ada algoritma khas pengesan boleh dibangunkan untuk mengenal pasti antara audio janaan AI ataupun sumber organik.

Sebelum mereka betul-betul yakin yang VALL-E selamat untuk dibuka kepada orang ramai, ia kekal sebagai alat penyelidikan dalaman sahaja.

Sumber: ArsTechnica

Tags: aiMicrosofttts
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Model AI Microsoft ini mampu jana audio palsu menggunakan sampel suara 3 saat sahaja

Model AI Microsoft ini mampu jana audio palsu menggunakan sampel suara 3 saat sahaja

11 January 2023
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER