• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Facebook & Instagram akan benarkan 2 golongan ini siar gambar payudara

  • OLEH Fatin Amanina
  • 3:14 pm
  • 19/01/2023
  • Komen
Facebook & Instagram akan benarkan 2 golongan ini siar gambar payudara
Share on FacebookShare on Twitter

Jangan terkejut jika anda lihat banyak gambar payudara di Facebook dan Instagram selepas ini, sebab Meta akan membenarkan pengguna transgender dan bukan binari untuk tayangkan payudara mereka. Bukan binari bermaksud individu ini melihat diri mereka bukan lelaki dan bukan perempuan. Tapi, individu yang dilahirkan sebagai wanita tetap tidak boleh lakukan hal ini.

Perkara tersebut merupakan arahan dari Lembaga Pemantauan Meta, namun ia hanya untuk Negara AS sahaja. Keputusan ini dibuat selepas Facebook mengalih keluar dua siaran yang menunjukkan pasangan transgender dan bukan binari bergambar telanjang, tetapi dengan puting payudara mereka ditutup.



Walaupun Meta akhirnya mengembalikan semula perkongsian itu, namun Lembaga Pemantauan Meta telah arahkan Facebook untuk tukar garis panduan kebogelan dewasa (adult nudity guidelines) supaya ia dilakukan dengan kriteria yang jelas dan menghormati piawaian hak asasi manusia antarabangsa.

Jurucakap Meta mengatakan bahawa mereka mengalu-alukan keputusan lembaga dalam isu ini. Tambahnya, mereka tahu lebih banyak boleh dilakukan untuk menyokong komuniti LGBTQ+, seperti bekerjasama dengan pakar dan organisasi advokasi LGBTQ+ dalam pelbagai isu dan menambahbaik produk.



Mujur perkara ini adalah arahan untuk AS sahaja, sebab pengguna di Malaysia tidak sesuai berkongsi gambar seperti itu. Lebih-lebih lagi apabila budaya pemakaian di Malaysia sangat sopan dan tertutup. Anda juga jangan risau tentang hal ini sebab Malaysia tidak akan benarkan perkara ni berlaku berikutan LGBT tidak akan diiktiraf di Malaysia menurut PMX, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

[Sumber: Nypost, Vice]

Tags: Facebookinstagram
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Facebook & Instagram akan benarkan 2 golongan ini siar gambar payudara

Facebook & Instagram akan benarkan 2 golongan ini siar gambar payudara

19 January 2023
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

27 April 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN