• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Telefon Realme Coca-Cola dibuka tempahan, pelancaran 10 Februari 2023

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:41 am
  • 06/02/2023
  • Komen
Telefon Realme Coca-Cola dibuka tempahan, pelancaran 10 Februari 2023
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah disahkan yang telefon bertemakan Coca-Cola memang sedang dibangunkan Realme, kini ada beberapa lagi maklumat rasmi tentangnya dikongsikan. Nampaknya peminat jenama ini boleh nantikan telefon Coca-Cola dilancarkan pada 10 Februari 2023 berdasarkan info yang diutuskan Realme India.

Hal ini bermakna, berkemungkinan besar produk telefon edisi istimewa ini hanya boleh didapatkan dalam pasaran India sahaja. Tempahan akan dibuka pada 10 Februari 2023 12:30pm dengan beberapa pemberian ekslusif seperti baucar INR200 (~RM10), speaker Bluetooth, berus gigi elektrik, Realme Watch, dan figura Realmeow Coca-Cola.



Dalam edisi terdahulu, kami laporkan yang ia mungkin dibangunkan berasaskan Realme 10. Tapi sebenarnya Realme mengesahkan yang ia adalah Realme 10 Pro Coca-Cola Edition.

Dan disebabkan ia dibangunkan untuk pasaran India, ia tentu akan mengikuti spesifikasi Realme 10 Pro versi India dan kalau di Malaysia, ia dilancarkan sebagai Realme 10 biasa. Spesifikasinya adalah seperti berikut:



  • Paparan 6.72” FHD+ LCD 120Hz
  • SoC Snapdragon 695
  • RAM + Storan sama ada 6GB+128GB ataupun 8GB+128GB
  • Bateri 5,000mAh dengan teknologi pengecasan pantas 33W
  • Kamera belakang 108MP + 2MP
  • Kamera depan 16MP

Realme bangunkan telefon berkarbonat Coca-Cola?

Di Malaysia, Realme 10 dilancarkan dalam bulan Disember 2022 lalu pada harga RM1,299.

[Sumber: Realme]

Tags: androidRealmerealme 10Realme 10 Protelefon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Proton e.MAS 5: EV paling mampu milik Malaysia dilancar, dari RM56,800

Proton e.MAS 5: Kos servis 10 tahun tak sampai RM2,500, ini butirannya

1 November 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025
5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

24 October 2025
Telefon Realme Coca-Cola dibuka tempahan, pelancaran 10 Februari 2023

Telefon Realme Coca-Cola dibuka tempahan, pelancaran 10 Februari 2023

6 February 2023
Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

22 October 2025
Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

29 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER