• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Realme 10 akan diumum 8 Disember 2022. Harga bermula RM1,299?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:13 pm
  • 06/12/2022
  • Komen
Siri Realme 10 akan diumum 8 Disember 2022. Harga bermula RM1,299?
Share on FacebookShare on Twitter

Realme Malaysia menjadualkan pelancaran siri Realme 10 yang baharu pada 8 Disember 2022. Menghampiri tarikh majlis, sedikit demi sedikit maklumat tersebar di Internet tentang produk yang bakal mereka lancarkan itu.

Malahan, ada pengguna yang berkongsikan khabar angin tentang harga Realme 10 yang bakal dijual di Malaysia. Dikatakan yang Relame 10 Pro akan dijual pada harga RM1,299 (8+256) manakala Realme 10 Pro+ pada RM1,799 (12+256).



realme 10 Pro Series Malaysian🇲🇾 prices ahead of the official launch

•realme 10 Pro
8GB+256GB: RM 1299

•realme 10 Pro+
12GB+256GB: RM 1799 pic.twitter.com/wNMkec9lsl

— Sudhanshu Ambhore (@Sudhanshu1414) December 3, 2022

Sebagai perbandingan, Realme 9 Pro dan Realme 9 Pro+ dulu masing-masing dijual pada harga bermula RM1,099 dan RM1,399.

Tempahan awal untuk memiliki siri Realme 10

Sungguhpun produk masih belum dilancar dan harga masih belum diketahui, Realme masih mengadakan promo tempahan awal untuk siri telefon ini. Setiap pembelian siri Realme 10, anda akan terima seunit Realme Band 2 yang bernilai RM169, jaminan tambahan dua tahun yang bernilai RM59, dan kad gores & menang yang menyediakan hadiah sehingga RM2,999.



Berikut adalah hadiah yang mungkin anda menangi:

  • Realme Pad Mini
  • Realme Watch 2 Pro
  • Realme Cobble Speaker
  • Realme Buds Q2s
  • Realme Robot Vacuum
  • Realme Free Bill
  • Realme Toothbrush
  • Realme Book
  • Realme Buds Neo 2

Buat yang berminat, tempahan boleh dilakukan di kedai fizikal pengedar sah Shopee di seluruh negara dengan bayaran RM100 dan promo ini berjalan sehingga 15 Disember 2022

Spesifikasi Realme 10 Pro+

Ada beberapa maklumat rasmi tentang telefon ini sudahpun dikongsikan dalam bentuk muat naik ringkas ditambah pula dengan muat naik beberapa pengamal media luar negara yang sudahpun ada gajet ini untuk direviu. Berikut adalah beberapa spesifikasi Realme 10 Pro+.

Sumber

Tleeofn ini ada panel paparan FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz daripada jenis OLED. Kali ini, pengeluarnya menggunakan teknologi pengimbas jari dibawa paparan dan lebih menarik, panel paparan ada lengkungan di bahagian sisinya, buatkannya nampak seperti telefon premium.

Sumber

Atas papan utamanya, ia diperkasa SoC Mediatek Dimensity 1080 dengan RAM sehingga 12GB dan storan sehingga 256GB. Di bahagian pengimejan, ia ada kamera utama 108MP, kamera ultralebar 8MP, dan kamera makro 2MP. Gambar selfie diambil menggunakan sensor 16MP.

Bateri yang memberikan tenaga kepada semua kelengkapan elektronik telefon ini adalah yang berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 67W.

Realme 10 Pro

Maklumat tentang varian yang lebih rendah ini masih samar-samar. Tapi apa yang kita tahu adalah ia diperkasa SoC Snapdragon 695, berstroan sehingga 256GB, serta kapasiti RAM sehingga 12GB.

Di bahagian kamera, spesifikasi lebih rendah berbanding varian Pro+ apabila ia tiada kamera ultralebar 8MP sebaliknya Cuma ada kamera utama 108MP dengan kamera makro 2MP. Yang sama adalah kamera slefie 16MP dan kapasiti bateri 5,000mAh tapi sistem pengecasan pantasnya ada 33W.

Sumber: GizmoChina

Tags: androidRealmerealme 10Realme 10 Prorealme 10 pro plus
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Tahu tak, telefon siri Galaxy A ada kecerdasan pintar seperti Jarvis?

29 Mac 2023
Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

20 Mac 2023
Siri Realme 10 akan diumum 8 Disember 2022. Harga bermula RM1,299?

Siri Realme 10 akan diumum 8 Disember 2022. Harga bermula RM1,299?

6 Disember 2022
Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

21 Mac 2023
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Nak telefon unik dengan pelekat & warna idaman? Semuanya boleh dengan Galaxy Z Flip4 Bespoke

1 Disember 2022
Redmi Note 12 diperkasa dua cip baharu Snapdragon pada harga patut

Redmi Note 12 diperkasa dua cip baharu Snapdragon pada harga patut

25 Mac 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER