• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

SCAM: Iklan penipuan di Facebook datang lagi, kali ini beg Aer RM9 palsu

  • OLEH Najib
  • 12:29 pm
  • 06/02/2023
  • Komen
SCAM: Iklan penipuan di Facebook datang lagi, kali ini beg Aer RM9 palsu
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau nak dikatakan media sosial paling banyak memperdayakan (scam) pengguna di Malaysia, tidak salah untuk menunjuk kepada Facebook. Terlalu banyak iklan scam terus menerus ditayangkan di Facebook, seperti tiada orang yang boleh memantaunya dan enjin iklan AI pula begitu mudah ditipu.

Terbaru, kami menemui iklan scam di Facebook tentang beg AER ditawarkan pada harga RM9 sahaja. Ini adalah taktik yang serupa digunakan dalam iklan scam sebelum ini seperti Mi Electric Scooter RM8.50 dan mesin kopi Philips RM9.



Iklan ini dilihat dijalankan oleh Facebook Page “AER Backpack MY” yang baru dicipta pada 3 Februari 2023 dan Facebook membenarkan ia menjalankan iklan selepas sehari dicipta?!?! Sama seperti scam Facebook Page lain, ia dipenuhi dengan pelbagai gambar yang diambil daripada laman web rasmi AER dan kelihatan seperti yang asli. Buat masa ini, terdapat dua iklan sedang berjalan, satu untuk mengumpulkan like dan satu lagi mempromosi scam beg RM9.

Untuk menjadikan iklan RM9 ini kelihatan meyakinkan, page penipu ini telah mencipta beberapa perbualan dan komen seperti ia ada banyak tarikan dan menarik. Ini akan membuat tawaran beg ini kelihatan benar dan asli, malah seperti ada pembeli telah benar-benar menerimanya. Untuk meyakinkan lagi penipuan, komen-komen di dalamnya penuh puji-pujian dan reviu positif supaya lebih ramai pembaca diperdaya.



Jika iklan ini ditekan, ia akan membawa pengguna ke laman web palsu yang menyalahgunakan jenama AER seterusnya ia meminta pengguna mengisi borang tinjauan. Sekali lagi seperti penipuan Facebook Page lain, ia menyatakan tawaran ini terhad kepada 500 unit sahaja supaya bakal pembeli mahu cepat-cepat mendapatkannya dan menghantar maklumat peribadi.

Diingatkan selalu dan sekali lagi, JANGAN BERI MAKLUMAT PERIBADI dan JANGAN TEKAN PAUTAN YANG MENAWARKAN PROMOSI TERLALU BAIK UNTUK DIPERCAYAI! Pastinya ada udang di sebalik batu.

Sebaliknya, laporkan iklan scam ini dengan menekan butang Report dan berharap semoga ada orang sebenar di Meta (syarikat induk Facebook) memeriksa laporan ini dan mengambil tindakan segera, sebelum ada lagi yang ditipu.

Scam atas talian yang ditawarkan di media sosial seperti Facebook semakin menjadi-jadi sekarang. Malah, iklan scam ini sebenarnya boleh diatasi dengan mudah oleh Meta, jika mereka membuat pemeriksaan asas terhadap iklan baru dan dipantau oleh pasukan khusus di Malaysia. Meta berterusan menyatakan bahawa algoritma AI mereka telah menghalang pelbagai scam di platform Facebook tetapi jelas di sini, Meta terus gagal menghalang iklan scam yang terang-terang menipu dengan pantas.

Malangnya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mempunyai kuasa terhad terhadap platform yang terletak di luar negara. Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil mengatakan bahawa kementeriannya dan SKMM akan mengkaji dan menyemak langkah terbaik untuk mengatasi iklan scam di media sosial.

Jika anda menjadi mangsa scam dan penipuan, anda dinasihatkan untuk menghubungi Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC) dengan mendail 997 secepat mungkin. NSRC adalah pusat sehenti khusus ditubuhkan untuk menguruskan maklum balas untuk penipuan kewangan atas talian dan ia membolehkan Bank Negara Malaysia menyekat pengaliran dana jika dilaporkan segera. Tahun lepas, NSRC telah berjaya membantu mangsa scam dan memulangkan wang kira-kira RM1.4 juta.

[Sumber: SoyaCincau]

Bacaan Berkaitan

  • Fahmi Fadzil mahu SKMM dan KKD kaji mekanisma terbaik atasi iklan scam di media sosial
  • Barah scam dalam talian parah, YB Fahmi Fadzil arah SKMM bekerja lebih tangkas dan tegas
  • Ditipu scammer? Dail 997 NSRC segera supaya wang keluar boleh disekat
Tags: FacebookSCAMScam Facebook
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
SCAM: Iklan penipuan di Facebook datang lagi, kali ini beg Aer RM9 palsu

SCAM: Iklan penipuan di Facebook datang lagi, kali ini beg Aer RM9 palsu

6 February 2023
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER