• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OnePlus 11 dilancar, Snapdragon 8 Gen 2 dengan teknologi Hasselblad

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:25 pm
  • 07/02/2023
  • Komen
OnePlus 11 dilancar, Snapdragon 8 Gen 2 dengan teknologi Hasselblad

OnePlus 11

Share on FacebookShare on Twitter

OnePlus telah selamat melancarkan flagship terbaharu mereka OnePlus 11. Ada pelbagai naik taraf telah dilakukan berbanding generasi lepas. Tapi ada satu perkara penting yang tiada.

Bermula dengan skrin, telefon ini dilengkapi paparan 6.7” dan ia menggunakan panel AMOLED LTPO 3.0. Memiliki resolusi QHD (3216 x 1440), panel ini juga boleh beroperasi pada kadar segar semula dalam julat sehingga 1 hingga 120Hz bergantung kepada kandungan yang ingin dipaparkan. Kecerahan boleh pergi sehingga 1,300nits.



Dipadankan dengan skrin tersebut adalah sistem audio stereo yang tak simetrikal.

Flagship OnePlus 2023 ini mengembalikan cap Hasselblad yang hilang daripada OnePlus 10T tempoh hari. Didapati kali ini semua kameranya mengguna pakai sensor Sony berbanding campuran sensor Samsung dan Omnivision untuk edisi-edisi terdahulu.



Di bahagian belakang, pengguna terima tiga buah kamera belakang. Kamera utama OnePlus 11 diperkasa sensor IMX890 dengan resolusi 50MP. Kemudian, anda juga terima kamera ultralebar 48MP yang megguna pakai sensor IMX581 dan akir sekali adalah kamera telefoto 32MP yang memanfaatkan sensor IMX709.

Anda boleh mengambil selfie menggunakan kamera 16MP di bahagian penjuru kiri telefon yang mendukung sensor IMX471 disebalik lensanya.

Atas papan utama, OnePlus 11 diperkasa cip Snapdragon 8 Gen 2 yang terhebat masa ini jika tidak mengambil kira versi For Galaxy yang sedikit di-overclock pada siri Galaxy S23. Bersama-sama dengna sensor ini, ada dua pilihan RAM + storan boleh pengguna dapatkan iaitu 8GB + 128GB dan satu lagi adalah 12GB + 256GB.

Membekalkan tenaga kepada komponen elektronik OnePlus 11 adalah sistem bateri berkapasiti 5,000mAh dan ia dicas pantas menggunakan kelengkapan yang disediakan di dalam kotak. Walaupun ia satu turun taraf berbanding 150W pada OnePlus 10T, 100W adalah satu spesifikasi yang masih tinggi dan mengecasnya mengambil masa sekitar 30 minit sahaja menurut pengeluarnya.

Namun, dalam semua naik taraf tadi, OnePlus 11 gagal memasukkan ciri IP68 pada flagship mereka. Harga jualannya bukannya murah. Di China, harga jualannya adalah seperti berikut:

  • RAM 12GB + Storan 256GB – CNY3,999 (RM2,558)
  • RAM 16GB + Storan 256GB – CNY4,399 (RM2,814)
  • RAM 16GB + Storan 512GB – CNY4,899 (RM3,134)

Untuk pasaran Global, penawaran yang ada agak berbeza. Untuk pasaran A.S, berikut adalah harganya:

  • 8GB + 128GB – USD699 (RM3,007)
  • 16GB + 256GB – USD799 (RM3,438)
Tags: androidOnePlusOnePlus 11telefon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
OnePlus 11 dilancar, Snapdragon 8 Gen 2 dengan teknologi Hasselblad

OnePlus 11 dilancar, Snapdragon 8 Gen 2 dengan teknologi Hasselblad

7 February 2023
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER