• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature Tips & Tricks

TIPS: Cara paling pantas untuk kongsi password WiFi guna Android

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:13 pm
  • 08/02/2023
  • Komen
TIPS: Cara paling pantas untuk kongsi password WiFi guna Android
Share on FacebookShare on Twitter

Adakalanya kata laluan WiFi yang panjang dan rumit akan menyukarkan kita untuk mengingatinya. Perkara ini akan menjadi masalah, contohnya apabila tetamu di rumah atau rakan baru di pejabat tanya tentang kata laluan WiFi yang digunakan.

Sebelum ini saya pernah kongsi cara untuk cari kata laluan WiFi yang digunakan di iPhone supaya anda boleh sambungkannya pada peranti lain, atau orang sekeliling boleh gunakannya. Namun, jika anda gunakan telefon dengan sistem operasi Android, berikut merupakan cara pantas untuk cari dan kongsikan kata laluan WiFi.



Kongsi WiFi guna kod QR

Melalui telefon Android, anda boleh kongsi kata laluan WiFi yang anda guna menerusi kod QR. Tapi ingat, cara ini hanya berfungsi untuk peranti yang menjalankan Android 10 dan ke atas. Berikut merupakan caranya:

  1. Pergi ke tetapan dan buka tab WiFi
  2. Pada WiFi yang anda gunakan, tekan simbol i atau apa sahaja ikon di sebelah kanannya
  3. Pada halaman seterusnya, tekan Wi-Fi QR Code. Tapi anda perlu tahu, langkah ketiga ini berbeza pada setiap peranti. Saya guna Realme GT 2 Pro untuk lakukannya. Jika di Samsung dengan Android 12, anda boleh lihat ikon kod QR di bahagian bawah skrin.
  4. Setelah itu, kod QR akan di paparkan
  1. Untuk imbas kod QR itu pula, di peranti lain anda perlu buka tab WiFi dalam tetapan
  2. Kemudian tekan ikon kod QR di atas kanan. Kedudukan ikon ini juga bergantung pada model telefon
  3. Imbas kod QR tadi untuk sambung dengan WiFi

Kongsi Wi-Fi guna Nearby Share

Jika telefon anda menjalankan sistem operasi Android 12 atau 13, anda boleh juga kongsi kata laluan WiFi menggunakan ciri Nearby Share. Cara ini juga senang dilakukan dan cepat. Berikut merupakan langkahnya:



  1. Buka WiFi di dalam tetapan
  2. Tekan nama rangkaian yang anda gunakan
  3. Kemudian tekan Wi-Fi QR Code untuk pergi ke halaman kod QR
  4. Seterusnya di halaman tersebut, tekan Nearby atau Nearby share
  5. Telefon akan imbas peranti lain berdekatan dengannya
  1. Anda akan lihat permintaan sambungan jika telefon lain menemui peranti anda
  2. Tekan Accept untuk membolehkan telefon yang meminta itu sambung ke rangkaian WiFi

Ingat, cara perkongsian WiFi melalui Nearby Share ini hanya tersedia pada sistem operasi Android 12 dan 13. Namun, anda masih boleh terima permintaan sambungan melalui peranti lama yang menyokong Nearby dan menjalankan Android 10 ke atas.

[Sumber: Androidauthority]

Tags: androidtips & trickswifi
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
TIPS: Cara paling pantas untuk kongsi password WiFi guna Android

TIPS: Cara paling pantas untuk kongsi password WiFi guna Android

8 February 2023
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER