• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

OnePlus 5T Buat Penampilan Mengejut Di Jerman

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:40 am
  • 13/11/2017
  • Komen
OnePlus 5T Buat Penampilan Mengejut Di Jerman
Share on FacebookShare on Twitter

Penerus legasi OnePlus selepas OnePlus 5 akan dipanggil OnePlus 5T. Berita terbaru tentang telefon ini adalah daripada sebuah laman web dari Jerman. Mereka sudahpun berkongsikan imej jelas dan nyata telefon itu di laman web mereka berserta spesifikasinya.

Abjad “T” pada namanya mungkin merujuk paparan yang lebih tinggi berbanding sebelumnya.



Ya, OnePlus kali ini akur dengan trend skrin memanjang yang dipelopori Mi MIX dan LG G6. Kali ini, ia menggunakan panel AMOLED bernisbah 18:9 dengan resolusi HD+ (2160 x 1080) sebesar 6.01″.

Bukan trend itu saja yang dicedok, konfigurasi dwikamera pula mereka menggunakan implementasi Huawei iaitu kombinasi sensor RGB dan monokrom. Pada edisi sebelum ini, mereka menggunakan kamera sekunder untuk mengezum sehingga 2X jauhnya.



Kamera belakang utama menggunakan sensor IMX 398 16MP dan dibantuk lensa berjarak fokal 27.22mm dengan apertur F1.7. Kamera sekunder turut menggunakan lensa yang sama tapi berbeza pada sensornya iaitu 20MP monokrom.

Kamera untuk berselfie pula diberikan sensor 16MP dengan lensa F2.0.

Lain-lain spesifikasi adalah hampir serupa dengan OnePlus 5 seperti:

  • Qualcomm Snapdraogn 835
  • RAM 6/8GB
  • Storan 64/128GB
  • Bateri 3,300mAh dengan DashCharge

OnePlus 5T dijadualkan diumumkan pada 16 November ini. CEO OnePlus sudahpun mengingatkan pengguna tentang harga OnePlus 5T yang mungkin sedikit tinggi disebabkan kenaikkan harga kos pembuatannya.

Cost of smartphone components is rising, but phones are also getting better. OnePlus users will appreciate what’s coming.

— Pete Lau (@petelau2007) November 8, 2017

Untuk perbandingan, OnePlus 5 dilansacarkan di Malaysia pada harga RM2,388 (RAM 6GB, storan 64GB) dan RM2,688 (RAM 8GB storan 128GB).

[Sumber: phoneArena]

Tags: harga oneplus 5t malaysiaOnePlusoneplus 5oneplus 5toneplus 5t launchingoneplus 5t malaysiaoneplus 5t malaysia launchoppo
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

OnePlus 5T Buat Penampilan Mengejut Di Jerman

OnePlus 5T Buat Penampilan Mengejut Di Jerman

13 November 2017
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026
Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

7 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN