• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Pengangkutan Automotif

Axia 2023: Ini rupa kereta terbaharu hatcback termampu milik Perodua

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:54 pm
  • 09/02/2023
  • Komen
Axia 2023: Ini rupa kereta terbaharu hatcback termampu milik Perodua
Share on FacebookShare on Twitter

Perodua Axis bakal menerima nafas baharu tak lama lagi. Untuk generasi kedua, pelbagai naik taraf telah dibawakan termasuklah pada rupa parasnya.

Gaya seperti Ativa versi “lite”, dalam dan luar

Bermula di bahagian depan, anda boleh nampak jeriji melintang, pemandangan biasa pada Bezza dan Ativa. Kemudian, perubahan nyata pada lampu depan boleh anda perhatikan. Ia kini kurang sepet dan untuk varian terpilih, akan menggunakan teknologi LED.



Kontur-kontur pada plastik bumper dikekalkan untuk nampakkan kereta lebih gah walaupun kompak. Anda boleh nampak radiator diletakkan dalam keadaan menegak di belakang pengaut udara.

Lebih banyak kontur diperkenalkan Perodua di bahagian belakang kereta ini. Anda akan perasan yang lampu belakang kini lebih kompak, mungkin disebabkan teknologi LED yang sudah cukup terang untuk meminimumkan saiz unit pemancar.



Lokasi nombor pendaftaran kekal di bahagian bawah seperti generasi sebelum ini. Lencana AV di bawah nama model mencadangkan yang gambar ini adalah untuk Axis model paling tinggi.

Usaha modenisasi juga boleh anda lihat di bahagian kabin Axia 2023. Anda boleh lihat papan pemuka berlapis dengan unit hiburan terapung di bahagian tengah. Skrinnya boleh tahan besar pada ukuran 9” tapi taida Apple CarPlay dan Android Audio. Kluster paparan pemandu juga kini digital sepenuhnya dengan panel paparan bersaiz 7”.

Enjin 1.0L dengan kotak transmisi baharu D-CVT

Daripada maklumat awal, Axia masih mengekalkan penggunaan enjin 1KR-VE dariapda generasi terdahulu. Enjin ini ada sesaran 1.0L yang menghasilkan 67hp beserta paras tork setinggi 91Nm.

Perkara yang baharu adalah kotak transmissinya telah ditukar kepada Dual-Mode CVT yang katanya menambah baik kecekapan dan prestasi. Perodua mendakwa ekonomi bahan api model terbaharu ini mencapai 25.3km/L ataupun 27.4km/L bila fungsi enjin mula/mati digunakan.

Harga dan spesifikasi Axis 2023

Sebanyak 4 varian dijangka diumumkan oleh perodua pada 14 Februari 2023 ini. Berikut adalah anggaran harganya:

  • Perodua Axia 1.0 G – RM38,600
  • Perodua Axia 1.0 X – RM40,000
  • Perodua Axia 1.0 SE – RM44,000
  • Perodua Axia 1.0 AV – RM49,500

Kesemua varian katanya akan dilengkapi dengan ciri keselamatan kestabilan pemanduan tapi tidak semua varian diberikan 6 beg udara keselamatan. Varian SE, satu tangga di bawah AV menerima penarafan 4 daripada 5 bintang dalam ujian ASEAN NCAP.

Sekurang-kurangnya di SE, ia ada sistem seperti brek kecemasan automatik, amaran alih laluan, dan pemantau titik buta. Alangkah menarik kalau ada varian yang dilengkapi kawalan cruise automatik.

Sumber: Paultan.org

Tags: Peroduaperodua axia
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Axia 2023: Ini rupa kereta terbaharu hatcback termampu milik Perodua

Axia 2023: Ini rupa kereta terbaharu hatcback termampu milik Perodua

9 February 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

14 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER