Dalam episod ini, tiga isu yang diketengahkan ialah, Tony ganti AVA kepada chatbot baru, TIME lancar pakej baru khas di lokasi B40 sahaja dan Unifi Mobile makin kedekut FUP dan kuota hotspot pelan prabayar.
1. Tony pecat AVA, lantik Ask Bo sebagai chatbot baru AirAsia
AVA atau nama penuhnya AirAsia Virtual Allstar telah menjadi pusat perkhidmatan pelanggan dan aduan AirAsia sejak tahun 2019. Namun kini ia sudah diganti dengan ‘Ask Bo‘. Ask Bo dikatakan ada keupayaan kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran mesin (ML) yang lebih baik daripada AVA.
Berita penuh di bawah:
- Tony pecat AVA, lantik Ask Bo sebagai chatbot baru AirAsia
- Tony mahu AirAsia beroperasi di Subang, tetapi bukan lagi tambang murah
2. TIME lancar MyKabel, pelan 100Mbps hanya RM69 tetapi khas di lokasi B40 ini sahaja
Sebagai inisiatif TIME menyediakan pakej perpaduan jalur lebar tetap seperti yang diumumkan kerajaan. Mereka tampil melancarkan pelan khas mereka yang lebih menarik iaitu pakej MyKabel. Melaluinya, Time beri rebat RM30 untuk jalur lebar berkelajuan 100Mbps tetapi hanya di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) terpilih.
Baca lagi di sini.
3. Unifi Mobile turunkan lagi had FUP dan kuota hotspot pelan prabayar tanpa had
FUP pelan bulanan RM35 prabayar Unifi Mobile akan turun dari 100GB kepada 60GB. Ia merangkumi penggunaan 4G dan 5G, tidak lagi berasingan. Kuota hotspot sebelum ini 10GB untuk kegunaan 4G dan tanpa had di 5G, akan diubah kepada 5GB untuk gabungan penggunaan 4G dan 5G.
Berita lanjut di sini.