• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Anda boleh beli kad Touch n Go NFC sekarang tapi dengan kombo RFID

  • OLEH Najib
  • 8:03 pm
  • 10/02/2023
  • Komen
Periksa tarikh luput kad TNG Enhanced anda, 10 tahun atau 7 tahun?
Share on FacebookShare on Twitter

Ramai rakyat Malaysia yang tercari-cari kad Touch n Go Enhanced atau lebih popular dikenali kad TNG NFC, kerana ia menjadikan tugas tambah nilai sangat mudah daripada telefon pintar. Ia pernah dijual dengan harga terlampau mahal oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Tetapi jika anda masih mencari kad TNG NFC, anda boleh mendapatkannya sekarang di kedai rasmi TNG eWallet. Cuma, kad tersebut mesti dibeli bersama tag TNG RFID.



Gabungan kad TNG NFC dan tag TNG RFID kini dijual pada harga RM45 di Lazada. Jika dibeli berasingan, tag TNG RFID berharga RM35 manakala kad TNG NFC berharga RM10. Harga ini tidak termasuk kos penghantaran. Anda perlu membayar sejumlah RM49.90 termasuk penghantaran untuk kombo TNG NFC dan tag TNG RFID dihantar ke rumah.

Pembelian kombo ini sememangnya bagus untuk pengguna yang belum memiliki tag TNG RFID dan kad TNG NFC. Tetapi jika anda hanya mahukan kad TNG NFC, anda perlu meneruskan usaha mencari ia dijual berasingan. Sangat kelakar apabila kad TNG NFC sahaja masih sukar ditemui tetapi versi lain seperti edisi terhad RM25 atau kombo dijual bersama telefon pintar atau acara khas tertentu, sentiasa ada dijual.



Touch n Go juga baru-baru telah melancarkan kad prabayar Visa yang disambungkan ke Touch n Go eWallet. Kad ini telah menimbulkan kekeliruan kepada pengguna, kerana ia tidak ada fungsi biasa Touch n Go. Sehubungan itu, kerajaan telah mengarahkan Touch n Go mengambil beberapa tindakan, antaranya menukar jenama kad.

[Sumber: SoyaCincau]

Bacaan Berkaitan

  • Elak rakyat keliru, kerajaan arah kad Touch ‘n Go Visa ditukar nama
  • Periksa tarikh luput kad TNG Enhanced anda, 10 tahun atau 7 tahun?
  • Touch n Go eWallet lancar kad Visa yang boleh digunakan di seluruh dunia, kecuali di Touch n Go
Tags: Touch n GoTouch n Go eWalletTouch n Go NFCtouch n go rfid
Najib

Najib

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Periksa tarikh luput kad TNG Enhanced anda, 10 tahun atau 7 tahun?

Anda boleh beli kad Touch n Go NFC sekarang tapi dengan kombo RFID

10 February 2023
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN