• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Aplikasi myJPJ ada satu fungsi sangat berguna untuk kesalahan jalanraya

  • OLEH Najib
  • 11:56 pm
  • 12/02/2023
  • Komen
Aplikasi myJPJ ada satu fungsi sangat berguna untuk kesalahan jalanraya
Share on FacebookShare on Twitter

Majoriti rakyat Malaysia bergembira apabila Menteri Pengangkutan mengumumkan peraturan memaparkan cukai jalan untuk kenderaan persendirian tidak lagi diwajibkan. Orang ramai juga tidak perlu lagi menyimpan kad fizikal lesen memandu. Kedua-dua cukai jalan dan lesen memandu ini boleh didapati menerusi aplikasi myJPJ.

Walaubagaimanapun, permulaan era digitalisasi cukai jalan ini tidaklah lancar. Rakyat Malaysia berpusu-pusu memuat turun dan mendaftar di myJPJ supaya dapat melihat versi digital cukai jalan kenderaan dan lesen memandu mereka. Akibatnya, akses ke aplikasi myJPJ terjejas kerana trafik yang terlampau tinggi dan ramai merungut kerana tidak boleh mendaftar masuk.



Kepada yang telah berjaya mendaftar akaun myJPJ, tahniah diucapkan. Tetapi tahukah anda, ada banyak perkara lain boleh dibuat di dalam aplikasi ini, selain mendapatkan maklumat digital cukai jalan kenderaan dan lesen memandu?

Antaranya menyemak saman, mata demerit dan senarai hitam serta tarikh bila pemandu lulus semua bahagian ujian memandu. Tetapi ada satu ciri yang lebih menarik di dalam aplikasi myJPJ iaitu e-Aduan@JPJ.



Lapor kesalahan jalanraya di myJPJ

Rakyat Malaysia kini boleh membuat aduan sebarang kesalahan jalanraya yang dilihat atau dirakam, terus di dalam aplikasi myJPJ. Ianya terletak di bahagian Perkhidmatan Umum, di bawah sekali antaramuka aplikasi.

Antara aduan yang boleh dibuat di dalam aplikasi myJPJ adalah:

  • Gagal mematuhi lampu isyarat merah
  • Memandu di lorong kecemasan
  • Memotong barisan
  • Memotong sebelah kiri
  • Memotong garisan berkembar
  • Menggunakan telefon bimbit semasa memandu
  • No plat fancy
  • Cermin gelap
  • Tidak memakai tali pinggang keledar dan helmet

Di dalam aduan ini, pengguna boleh memuat naik gambar atau video, dengan had maksima fail 20MB. Atau, tampal sahaja pautan video/gambar di dalam aduan. Seperti pautan TikTok atau YouTube.

Terdapat juga ruang untuk tarikh dan masa kejadian, serta peta untuk menetapkan lokasi kejadian. Lain-lain maklumat yang turut boleh diberikan adalah nombor pendaftaran kenderaan, nombor telefon pengadu dan keterangan ringkas atau terperinci aduan.

Selain merakam menggunakan telefon pintar (tidak digalakkan untuk pemandu), orang ramai juga boleh mendapatkan sumber gambar atau video daripada dashcam kenderaan. Anda boleh semak senarai dashcam 5 bintang oleh Miros di sini, serta cara terbaik mendapatkan video dashcam untuk dijadikan bahan bukti di sini.

Bacaan Berkaitan

  • Ini 5 dashcam yang menerima penarafan 5 daripada MIROS
  • Cara ideal menurut MIROS untuk ekstrak video bukti daripada dashcam untuk diberikan kepada pihak berkuasa
  • Aplikasi MyJPJ alami gangguan selepas pengumuman YB Anthony Loke berkaitan cukai jalan
  • YB Anthony Loke jawab 6 kemusykilan tentang MyJPJ dan “roadtax” versi digital
  • Kerajaan umum tak perlu lagi tampal cukai jalan di cermin dan bawa lesen fizikal
Tags: JPJmyjpj
Najib

Najib

POPULAR

Aplikasi myJPJ ada satu fungsi sangat berguna untuk kesalahan jalanraya

Aplikasi myJPJ ada satu fungsi sangat berguna untuk kesalahan jalanraya

12 February 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

14 May 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

19 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER