• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Anda boleh miliki Honor Magic 5 Pro percuma dan jadi terawal menggunakannya

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:56 pm
  • 14/02/2023
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Siri flagship Honor Magic baharu akan dilancarkan iaitu Honor Magic 5 Pro. Ia akan membuat kemunculan pertama di Mobile World Congress (MWC) Barcelona 2023 pada Februari 27 ini.

Dalam masa yang sama, Honor mahu memberi peluang kepada anda untuk menjadi penguji Magic 5 Pro, serta peluang untuk memiliknya dengan program Share Your Experience & Win HONOR. Program ini dibuka kepada rakyat Malaysia yang gemar fotografi telefon pintar dan suka berkongsi foto di media sosial. Ia juga bertujuan untuk mendapatkan maklum balas serta memahami kehendak pengguna tempatan. Peserta yang terpilih akan digelarkan sebagai Honor Experiencers. Mereka yang berminat boleh memohon di sini untuk menjadi peserta, bermula 13 Februari hingga 23 Februari. Pertandingan tersebut akan berlangsung pada 28 Februari hingga 24 April 2023.



Honor Experiencers akan diberi tugasan migguan tertentu serta perlu memuat naik pengalaman mereka bersama telefon flagship Honor itu. Peserta dengan markah tertinggi akan membawa balik Honor Magic 5 Pro secara percuma, serta berpeluang untuk menjadi jurucakap kempen.

Untuk spesifikasi, masih tiada kepastian tetapi Gizmochina mengatakan ia mungkin didatangkan dengan SoC Snapdragon 8 Gen 2, skrin LTPO AMOLED 6.8” dengan kadar segar semua 1-120hz, kadar sentuhan 480hz dengan kecerahan sehingga 1,100 nits. Bahagian bateri dikatakan datang bersama 4,800mAh dengan kameranya menggunakan sensor Sony IMX878 dengan sokongan OIS. 



Honor mencipta rekod dunia

Selain itu, Honor juga berkolaborasi bersama Guinness World Records bagi merekodkan slam dunk antara kaki tertinggi, ditangkap menggunakan kamera Honor Magic 5 Pro. Fungsi AI kamera Magic 5 Pro membolehkan rekod itu dilakukan dengan jayanya, kata Honor.

Gambar di atas membuktikan Magic 5 Pro digunakan menangkap momen tersebut. Ia mempunyai lima pilihan zum iaitu 0.5x dari ultralebar, 1x kamera utama, 3.5x dan 5x dari kamera periskop, mungkin telefoto sama 64MP 90mm dari Magic 4 Pro.

Tags: honorHonor Magic Vhonor malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026

Anda boleh miliki Honor Magic 5 Pro percuma dan jadi terawal menggunakannya

14 February 2023
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

14 August 2026
Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

13 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN