• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

iPhone buatan India tidak sebagus China, budaya kerja jadi punca

  • OLEH Hanif Azrai
  • 6:17 pm
  • 15/02/2023
  • Komen
iPhone yang dilapor hilang tidak akan dibaik pulih Apple

Sumber: Ryan Adams

Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang diuar-uarkan sebelum ini, Apple sedang sedaya upaya untuk mempelbagaikan sumber penghasilan iPhone mereka. Antara pasaran yang sedang mereka semai adalah Vietnam dan India.

Namun begitu, terdapat cabaran yang perlu diatas Apple bagi menjayakan inisiatif tersebut. Menurut Financial Times, hanya satu daripada dua casing yang dihasilkan salah satu kontraktor pengeluaran di India menepati piawaian Apple. Bukan setakat Apple, paras 50% hasil tuaian itu adalah rendah hatta untuk mana-mana barisan pengeluaran sekalipun.



Bila iPhone tiada badan, sudah pastinya segala barisan pengeluaran akan terjejas.

Gambar hiasan

Antara faktor yang dipetik oleh jurutera Apple tentang masalah pengeluaran di India adalah budaya kerja yang tidak sebaik di China. Pendek kata, mereka memenuhi tempahan secara sambil lewa.



Sekiranya Apple gembira dengan “budaya kerja” China, jangan dilupakan yang kontraktor pengeluar iPhone di sana berdepan dengan beberapa skandal eksloitasi termasuklah persekitaran kerja yang menekan.

Misalnya, dalam tahun 2020, salah satu kontraktor pengeluar dikesan menggajikan buruh dalam kalangan pelajar dan membenarkan mereka bekerja di syif malam dan lebih masa disamping memalsukan dokumen. Dalam tahun 2012, 150 operator pengeluaran iPhone mengugut untuk bunuh diri dengan terjun daripada banggunan.

Semestinya fasa perpindahan ini mengambil masa setelah sekian lama penghasilan iPhone ditunjangi negara China. India baru saja menjadi pengeluar iPhone SE 2 dalam tahun 2017. Atau, adakah Apple perlu menyeleraskan semula piawaian mereka untuk pasaran India?

Sumber: MacRumors

Tags: appleChinaindia
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

iPhone yang dilapor hilang tidak akan dibaik pulih Apple

iPhone buatan India tidak sebagus China, budaya kerja jadi punca

15 February 2023
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

24 September 2026
Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

28 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN