Tiga isu yang di bawakan dalam episod ini ialah Hotlink Pantas buang pilihan data 8GB dan 20GB yang tahan setahun, kedua orang ramai tak perlu lagi tampal cukai jalan di cermin kereta dan ketiga kad Touch n Go NFC dijual kombo dengan RFID?
1. Hotlink Pantas buang pilihan data tahan lama 8GB dan 20GB, tambah pelan bulanan RM35
Prabayar Hotlink Pantas yang menawarkan pelan tahan lama 365 hari, kini tidak lagi sediakan tawaran data besar 20GB dan 8GB. Yang paling besar sekarang ialah 5GB. Jadi, pengguna perlu langgan pelan yang berharga lebih mahal untuk guna lebih banyak data.
Baca lagi di sini.
2. Kerajaan umum tak perlu lagi tampal cukai jalan di cermin dan bawa lesen fizikal
Berrmula 10 Februari 2023, kerajaan tidak lagi wajibkan menampal pelekat cukai jalan di cermin kereta atau bawa cukai jalan fizikal bagi motorsikal termasuklah versi fizikal lesen memandu. Kesemua dokumen rasmi yang disebutkan di atas boleh disemak melalui aplikasi telefon pintar myJPJ.
Berita penuh di bawah:
- Kerajaan umum tak perlu lagi tampal cukai jalan di cermin dan bawa lesen fizikal
- Aplikasi myJPJ ada satu fungsi sangat berguna untuk kesalahan jalanraya
3. Anda boleh beli kad Touch n Go NFC sekarang tapi dengan kombo RFID
Jika anda masih cari kad TNG NFC, anda boleh dapatkannya sekarang di kedai rasmi TNG eWallet. Cuma, kad tersebut mesti dibeli bersama tag TNG RFID. Gabungan kad TNG NFC dan tag TNG RFID kini dijual pada harga RM45 di Lazada.
Lebih lanjut di sini.