• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Xiaomi 13 masuki Malaysia pada 27 Februari 2023

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:22 am
  • 21/02/2023
  • Komen
Siri Xiaomi 13 masuki Malaysia pada 27 Februari 2023
Share on FacebookShare on Twitter

Laman rasmi Xiaomi Malaysia telah mengutuskan info tentang satu majlis pelancaran siri telefon baharu iaitu siri Xiaomi 13. Berdasarkan utusan tersebut, pihak mereka memberitahu yang majlis pelancaran akan berlangsung pada 27 Februari 2023, jam 2 petang waktu Malaysia.

Ini adalah satu berita yang baik kerana untuk makluman anda, siri ini akan dilancarkan di MWC Barcelona 2023 sekitar tarikh yang sama. Ia menunjukkan bahawa Malaysia adalah salah satu pasaran utama untuk jenama tersebut.



Sebanyak dua telefon khabarnya akan dilancarkan iaitu Xiaomi 13 dan Xiaomi 13 Pro. Telefon ini telah diumumkan di China pada Disember tahun lepas dan pelancaran ini menandakan ia akan dijual di pasaran antarabangsa.

Xiaomi 13 Pro adalah varian lebih tinggi berbanding bukan pro. Di bahagian muka, telefon ini ada panel paparan 6.73” QHD+ OLED yang memiliki kadar segar semula 120Hz, kecerahan setinggi 1,900 nits serta memenuhi piawaian HDR10+.



Atas papan utama, telefon ini diperkasa SoC Snapdragon 8 Gen 2 yang digandingkan dengan RAM LPDDR5X sehingga 12GB serta storan UFS4.0 seluas sehingga 512GB.

Untuk kamera, Xiaomi 13 Pro menggunakan konfigurasi trikamera belakang 50MP setiap satu untuk kamera utama, telefoto, dan ultralebar.

Bateri yang membekalkan tenaga pada Xiaomi 13 Pro adalah yang berkapasiti 4,820mAh dengan sokongan pengecasan pantas 120W berkabel ataupun 50W wayarles.

Varian bukan pro pula seperti ditujukan pada pengguna yang inginkan telefon kompak. Paparannya cuma 6.36” daripada jenis OLED beresolusi FHD+ dan mampu beroperasi pada kadar segar semula setinggi 120Hz.

Ia masih diperkasa SoC Snapdragon 8 Gen 2 dengan bateri berkapasiti 4,500mAh serta pengecasan pantas 67W berkabel dan 50W wayarles.

Lagi bahagian yang diturun taraf adalah bahagian kamera. Untuk kamera belakang, ia gunakan kombinasi kamera 50MP (utama), 12MP (ultralebar), dan 10MP (telefoto).

Berikut adalah harga jualan siri Xiaomi 13 di China           :

  • Xiaomi 13 Pro (8 + 128) – CNY4,999 (RM3,228)
  • Xiaomi 13 Pro (8 + 256) – CNY5,399 (RM3,486)
  • Xiaomi 13 Pro (12 + 256) – CNY5,799 (RM3,745)
  • Xiaomi 13 Pro (12 + 512) – CNY6,299 (4,068)
  • Xiaomi 13 (8 + 128) – CNY3,999 (RM2,582)
  • Xiaomi 13 (8 + 256) – CNY4,299 (RM2,777)
  • Xiaomi 13 (12 + 256) – CY4,599 (RM2,970)
  • Xiaomi 13 (12 + 512) – CNY4,999 (RM3,229)

[Sumber: Xiaomi Malaysia]

Bacaan Berkaitan

  • Xiaomi 13 Pro: SD8 Gen.2 dan semua yang terbaik anda inginkan
  • Xiaomi 13: Bila bukan Pro lebih baik kejadiannya
  • Xiaomi jemput berkunjung ke reruai MWC2023, bayangkan siri Xiaomi 13 dipamerkan di sana
Tags: androidmwcmwc 2023mwc barcelona 2023telefonxiaomixiaomi 13
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
Siri Xiaomi 13 masuki Malaysia pada 27 Februari 2023

Siri Xiaomi 13 masuki Malaysia pada 27 Februari 2023

21 February 2023
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Honor Magic 8 Pro tiba di Malaysia 27 November, pembeli awal dapat Insta360 Ace percuma

Honor Magic 8 Pro tiba di Malaysia 27 November, pembeli awal dapat Insta360 Ace percuma

19 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER