• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Bixby Text Call boleh menyamar suara anda untuk jawabkan telefon

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:40 pm
  • 23/02/2023
  • Komen
Bixby Text Call boleh menyamar suara anda untuk jawabkan telefon
Share on FacebookShare on Twitter

Pembantu peranti Samsung, Bixby akan ditambah ciri terbaru iaitu Bixby Text Call. Seperti namanya, ciri ini membolehkan teks ditukar kepada percakapan dengan tanpa perlu bercakap. 

Untuk pengetahuan semua, Samsung telah mendedahkan ciri ini pada tahun lepas lagi di kemas kini One UI 5, tetapi hanya tersedia untuk bahasa Korea sahaja. Dengan kemas kini terbaru One UI 5.1, makin ramai boleh manfaatkan Bixby Text Call menerusi sokongan bahasa Inggeris.



Cara ciri ini berfungsi, apabila telefon anda menerima panggilan, anda akan nampak pilihan Bixby Text Call untuk menaip dan menghantar mesej. Tetapi sudah pasti ia tidak akan menghantar mesej, sebaliknya menukar teks tersebut ke suara buatan.

Apa yang lebih menarik, atau boleh kata menyeramkan adalah, ia boleh meniru suara pengguna dengan menggunakan Bixby Voice Creator. Hanya rekod percakapan anda, kemudian Bixby akan menganalisis suara dan nada anda menggunakan Kecerdasan Buatan (AI) untuk memimik bunyi tersebut. Buat masa sekarang, ciri ini hanya tersedia di dalam bahasa Korea.



Dalam pada itu, Microsoft dan Amazon juga ada menawarkan ciri AI serupa dengan versi Microsoft dinamakan VALL-E, iaitu keupayaan secara ringkas teks ke percakapan. Manakala Amazon, boleh membuatkan suara orang tersayang seperti masih hidup. Walau dengan semua ciri AI ini, terutama Bixby yang mampu menggantikan anda, adakah mereka yang bercakap dengan anda akan sedar ianya dijana AI?

Selain Bixby Text Call, terdapat juga penambahbaikan lain pada pembantu suara dengan kesinambungan yang lebih baik, serta keserasian ciri bersama Google Assistant. Bixby juga berupaya untuk membuka aplikasi Samsung Health tanpa menggunakan tangan dan kini boleh memahami perintah walau dengan ketiadaan sambungan internet untuk menetapkan masa dan tangkapan skrin.

Untuk tahu lebih lanjut kemas kini pada Bixby, boleh layari bilik berita Samsung di sini.

[Sumber: Gizmodo]

Tags: Bixbyone uisamsungSamsung Bixby
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Bixby Text Call boleh menyamar suara anda untuk jawabkan telefon

Bixby Text Call boleh menyamar suara anda untuk jawabkan telefon

23 February 2023
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN