• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

BYD Atto 3 ada pemecut masa rahsia 0-100! Ini cara mengaktifkannya

  • OLEH Najib
  • 11:20 pm
  • 02/03/2023
  • Komen
BYD Atto 3 ada pemecut masa rahsia 0-100! Ini cara mengaktifkannya
Share on FacebookShare on Twitter

BYD Atto 3 merupakan salah satu model kenderaan elektrik (EV) yang paling murah di Malaysia. Ia dijual bermula dari RM150 ribu dengan rupa seakan kereta SUV keluarga. Tetapi BYD Atto 3 sebenarnya ada satu fungsi rahsia, iaitu boleh merakam masa pecutan (acceleration timer) 0-100kmj.

Ini cara untuk anda mencari dan mengaktifkan perakam masa pecutan di BYD Atto 3.



Cara mengaktifkan Perakam Masa Pecutan di BYD Atto 3

Langkah 1: Di bahagian kanan stereng, tekan butang “instrument/back” seperti gambar di atas.

Langkah 2: Tatal ke bawah sehingga jumpa fungsi “Acceleration Timer”. Tekan butang ok untuk mengesahkan pilihan.



Langkah 3: Di bahagian konsol tengah, tekan butang MODE untuk bertukar ke mod SPORTS.

Langkah 4: Tekan butang ok di stereng untuk mengesahkan mod SPORTS.

Langkah 5: Acceleration Timer telah diaktifkan dan sedia digunakan.

Jika anda bercadang untuk membuat pecutan, anda dinasihatkan untuk melakukannya di litar tertutup atau di kawasan rendah trafik untuk keselamatan diri dan orang lain. Agak menarik juga, di dalam panduan BYD Atto 3 ada menerangkan tentang pengalaman menekan pedal sepenuhnya 0-100kmj hanya boleh dicapai jika kenderaan memiliki 95% tenaga bateri, di dalam mod SPORTS dan antaramuka “Acceleration Timer” diaktifkan. Ia juga memberi amaran kepada pemandu supaya sentiasa berjaga-jaga dan mengambil langkah keselamatan sewajarnya serta memastikan kenderaan di dalam keadaan terbaik. Pengguna juga dilarang untuk menggunakan fungsi “Acceleration Timer” jika pemandangan sekitar terhad, seperti waktu hujan, kabus atau malam.

Sumber

Untuk yang tidak tahu, BYD Atto 3 dilengkapi motor elektrik tunggal yang memacu roda hadapan dan menghasilkan kuasa 201hp (150kW) dan tork 310nm. Masa pecutan 0-100kmj dicatatkan hanya 7.3 saat.

Untuk model “Standard Range”, harga jualannya di Malaysia ialah RM149,800 dan dilengkapi bateri 49.9kWh yang memiliki jarak pemanduan 345km. Jika mahu memandu lebih jauh dalam sekali cas, model “Extended Range” yang berharga RM167,800 dengan bateri lebih besar 60.5kWh, mampu pergi sehingga 420km.

Bacaan Berkaitan

  • 100 unit BYD Atto 3, EV berharga bawah RM200,000 telah selamat tiba ke tangan pemilik di Malaysia
  • BYD Atto 3 Malaysia: Satu lagi EV bawah RM200k untuk anda pertimbangkan
  • Ora Good Cat: EV paling mampu milik kini di Malaysia, harga bawah RM140,000
  • Anugerah SoyaCincau 2022: Kenderaan Elektrik (EV) terbaik
Tags: BYDBYD Atto 3EV
Najib

Najib

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
BYD Atto 3 ada pemecut masa rahsia 0-100! Ini cara mengaktifkannya

BYD Atto 3 ada pemecut masa rahsia 0-100! Ini cara mengaktifkannya

2 March 2023
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN