• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Pixel Fold, Pixel 7a dan Android 14 dijangka muncul di Google I/O 2023

  • OLEH Najib
  • 5:23 pm
  • 09/03/2023
  • Komen
Pixel Fold, Pixel 7a dan Android 14 dijangka muncul di Google I/O 2023
Share on FacebookShare on Twitter

Ketua Pegawai Eksekutif Alphabet dan Google, Sundar Pichai, telah mengesahkan bahawa acara Google I/O 2023 akan diadakan pada 10 Mei 2023. Pendaftaran untuk acara tersebut telah dibuka dan ia akan boleh ditonton secara langsung menerusi saluran rasmi Google di YouTube.

Excited that this year's #GoogleIO will be on May 10, live from Shoreline Amphitheatre in Mountain View and online at https://t.co/sWxfPsVvJi pic.twitter.com/QtNXE6wjl5

— Sundar Pichai (@sundarpichai) March 7, 2023

Banyak perkara dijangka akan diumumkan Google di acara Google I/O 2023 nanti. Antaranya sistem operasi (OS) Android 14 dan perkara baharu yang akan datang bersamanya. OS ini telah sedia diuji pembangun aplikasi yang berdaftar, dengan ciri-ciri baharu seperti pilihan bahasa mengikut aplikasi, tahap keselamatan lebih tinggi dan pelbagai pilihan bantuan telah dipratonton oleh Google. Pada waktu Google I/O kelak, dijangka Android 14 telah mencapai peringkat Beta dan versi stabil dijangka tersedia sekitar Ogos atau September tahun ini. Dikhabarkan juga, akan ada banyak berita berkaitan Ai diumumkan oleh Google.



Berkenaan perkakas dan peranti pula, kuat diperkatakan bahawa Google akan memperlihatkan peranti boleh lipat pertama mereka, Pixel Fold. Beberapa berita terbocor sebelum ini menunjukkan ia peranti yang hebat, dengan saiz sebesar tablet untuk menyaingi model seperti Galaxy Z Fold 4 dan Honor Magic Vs. Ada yang mengatakan namanya adalah Pixel Notepad dan ia akan menggunakan cip SoC hasilan Google sendiri, Tensor G2 bersama tiga kamera belakang.

Selain itu, laman web Google I/O 2023 turut memaparkan kiraan turun kepada tarikh 10 Mei 2023 dan ia memperlihatkan antaramuka seakan sebuah tablet boleh lipat. Ini mungkin petunjuk kepada peranti boleh lipat Pixel sendiri.



Di samping itu, Google mungkin akan melancarkan telefon pintar mampu milik baharu, Pixel 7a untuk menggantikan tempat Pixel 6a. Laporan awal menyebut, Pixel 7a hadir dengan beberapa naik taraf besar seperti badan seramik dan rekaan menerupai Pixel 7 yang lebih mahal. Dijangkakan Pixel 7a akan dikuasakan cip yang serupa dengan Pixel 7 dan Pixel 7 Pro, langkah serupa Pixel 6a tahun lepas.

Lebih menarik, ada melaporkan bahawa Google akan memberi sedikit petunjuk tentang siri Pixel 8, mirip cara Pixel 7 diperonton semasa Google I/O tahun lepas. Sebulan kemudian, ia dilancarkan secara rasmi.

Tags: androidandroid 14Googlegoogle pixelGoogle Pixel 7agoogle pixel foldPixel 7aPixel Fold
Najib

Najib

POPULAR

Pixel Fold, Pixel 7a dan Android 14 dijangka muncul di Google I/O 2023

Pixel Fold, Pixel 7a dan Android 14 dijangka muncul di Google I/O 2023

9 March 2023
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN