• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Anda akan boleh buat tempahan temu janji pemeriksaan pergigian di MySejahtera

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:41 pm
  • 15/03/2023
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah MySejahtera menambah beberapa perkhidmatan tempahan temu janji kesihatan dalam aplikasinya, kini MySejahtera bakal membolehkan pengguna menempah temu janji pemeriksaan kesihatan pergigian secara terus melalui aplikasi tersebut. 

Pengumuman itu dibuat melalui akaun rasmi Twitter MySejahtera, yang memaparkan pilihan Pemeriksaan Kesihatan Pergigian. Walau bagaimanapun, hantaran tersebut tidak menyatakan tarikh tepat bila ciri ini akan datang dan sedia diguna oleh rakyat Malaysia. Ia juga tidak didedahkan bagaimana servis ini akan dilaksanakan dan lokasi klinik yang akan menawarkan perkhidmatan ini. Buat masa sekarang, MySejahtera menasihatkan pengguna untuk datang secara walk-in jika memerlukan perkhidmatan pergigian di klinik kesihatan kerajaan.



Akan datang.

Tempahan janji temu pemeriksaan kesihatan pergigian di MySejahtera.#MySejahtera #GerbangKesejahteraanDigitalAnda #AplikasiKesihatanAwam pic.twitter.com/0Nru3m7FWW

— MySejahtera (@my_sejahtera) March 13, 2023

Dengan penambahan ini, kita boleh lihat bahawa aplikasi MySejahtera sedang cuba untuk menjadi pusat sehenti perkhidmatan kesihatan. Antara perkhidmatan tempahan janji temu yang telah ditawarkan dalam aplikasi adalah seperti rawatan pesakit luar, inisiatif saringan kesihatan kebangsaan, saringan pra-perkahwinan, khidmat berhenti merokok dan banyak lagi.

Selain itu, terdapat juga ciri untuk derma organ dan kad penderma darah yang diterapkan dalam aplikasi itu. Ia merupakan satu initiatif yang baik oleh kerajaan untuk memanjangkan lagi penggunaan aplikasi MySejahtera memandangkan jutaan ringgit telah diperuntukkan bagi membangunkan aplikasi tersebut.



Penggunaan MySejahtera agak kurang digunakan sejak kerajaan tidak mewajibkan untuk mengimbas kod QR apabila memasuki sesebuah premis. Jadi, kita boleh jangkakan MySejahtera akan dilengkapkan lagi dengan ciri-ciri kesihatan lain pada masa akan datang, memandangkan penularan COVID-19 telah reda.

[Sumber: Lowyat.net / Twitter MySejahtera]

Tags: mysejahtera
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Anda akan boleh buat tempahan temu janji pemeriksaan pergigian di MySejahtera

15 March 2023
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

23 June 2026
Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

18 June 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN