• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Redmi Note 12 akan masuki pasaran global 23 Mac ini, tapi yang mana?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:00 pm
  • 15/03/2023
  • Komen
Siri Redmi Note 12 akan masuki pasaran global 23 Mac ini, tapi yang mana?
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi dilaporkan telah menghantar jemputan kepada orang ramai untuk menonton satu pelancaran telefon pada 23 Mac 2023. Daripada poster jemputan, Xiaomi akan melancarkan siri Redmi Note 12.

Buat pengetahuan anda, siri Redmi Note 12 sudahpun dilancarkan di China dalam bulan November 2022 lalu dan ada berapa model sudahpun berada dalam pasaran India. Di sana, terdapat 4 varian Redmi Note 12 dilancarkan iaitu:



  • Redmi Note 12
  • Redmi Note 12 Pro
  • Redmi Note 12 Pro+
  • Redmi Note 12 Explorer Edition

Redmi Note 12, varian paling bawah dalam siri kali ini diperkasa SoC Snapdragon 4 Gen 1 dengan kombinasi RAM dan storan tertinggi pada 6GB+128GB. Di bahagian muka, telefon ini dilengkapi panel Super AMOLED FHD+ sebesar 6.67” dengan kadar segar semula 120Hz.

Redmi Note 12

Pada sudut kelengkapan kamera, Redmi Note 12 diberikan konfigurasi trikamera belakang dengan kombinasi kamera 48MP (utama), 8MP (ultralebar), 2MP (makro). Selfie pula diambil menggunakan kamera 13MP.



Tangki bateri berkapasiti 5,000mAh memenuhi semua keperluan tenaga telefon ini dengan blok pengecas 33W disediakan di dalam kotak.

Di India, Redmi Note 12 dijual pada harga bermula INR17,898 (RM971).

Redmi Note 12 Pro/12 Pro+

Redmi Note 12 Pro dan Redmi Note 12 Pro+ adalah dua telefon yang hampir serupa. Mereka berkongsi panel paparan 6.67” AMOLED FHD+, menggunakan SoC Dimensity 1080 yang sama dan kombinasi RAM 12GB dan storan 256GB yang sama.

Varian 12 Pro+ ada kelebihan di kamera utamanya iaitu sensor ISOCELL HPX 200MP manakala varian bukan Pro diberikan sensor 50MP. Dua baki kamera belakang adalah sama antara kedua-dua telefon ini iaitu kamera ultralebar 8MP dan kamera depth 2MP. Di bahagian, mereka turut gunakan kamera 16MP yang sama.

Lagi komponen yang berkongsi kapasiti bateri 5,000mAh yang sama tapi sistem pengecasan pada Pro+ adalah 120W manakala bukan pro pada 67W.

Redmi Note 12 Pro Discovery Edition

Varian yang terakhir ialah Redmi Note 12 Pro Discovery Edition. Ia miliki spesifkasi yang sama seperti 12 Pro+ kecuali baterinya dikecilkan kepada 4,100mAh. Namun, kekurangnan itu digantikan dengan sistem pengecasan pantas 210W yang katanya mampu mengisi penuh daripada sifar kepada 100% dalam masa 9 minit sahaja.

Itulah dia 4 varian Redmi Note 12 yang ada dalam China. Buat pasaran global, kita masih belum tahu yang manakah akan diperkenalkan.

Sumber: Notebookcheck

Tags: androidmobileRedmiredmi note 12redmi note 12 proredmi note 12 pro discovery editionredmi note 12 pro plus
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Siri Redmi Note 12 akan masuki pasaran global 23 Mac ini, tapi yang mana?

Siri Redmi Note 12 akan masuki pasaran global 23 Mac ini, tapi yang mana?

15 March 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER