• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Maxim bertemu APAD untuk rungkai kemelut pemandu tanpa permit

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:43 am
  • 16/03/2023
  • Komen
Maxim bertemu APAD untuk rungkai kemelut pemandu tanpa permit
Share on FacebookShare on Twitter

Penyedia perkhidmatan seru pandu yang viral baru-baru ini, Maxim, telah memaklumkan mereka telahpun bertemu dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bagi merungkaikan kerumitan yang dihadapi minggu sudah.

Berwakilkan beberapa eksekutif syarikat termasuklah pengarah Maxim sendiri, mereka meminta penjelasan tentang sistem e-hailing yang sedang digunakan untuk memohon, memperbaharui, dan membatalkan lesen EVP. Menurut Maxim, semua rakan pemandu mereka yang membawa penumpang diwajibkan untuk memperbaharukan permit berkaitan daripada APAD.



Selain itu, Maxim juga bersetuju akan bertemu semula dengan pihak APAD sejurus pihak penguatkuasa mengemas kini sistem pengeluaran EVP. Yang menjadi tanda tanya, Maxim sehingga hari ini masuh belum berkongsikan data sebenar tentang berapa ramaikah pemandu yang tidak mempunyai permit yang sah untuk beroperasi.

Jaga-jaga pengguna Maxim, hanya 8% kenderaan beroperasi dengan permit sah



Terdahulu, kami pernah laporkan yang hanya 8% sahaja rakan pemandu Maxim mempunyai kebenaran yang cukup untuk bolehkan mereka membawa penumpang tanpa melanggar undang-undang. Ia selepas ibu pejabat mereka di Kuantan diserbu pihak APAD yang bertindak berdasarkan aduan.

Maxim dakwa statistik JPJ tentang pemandu tanpa permit sah, tidak tepat

Namun, statistik tersebut disangkal oleh pihak Maxim. Pihak penyedia perkhidmatan menyatakan bahawaa untuk Semenanjung Malaysia, angka pemandu dengan permit yang sah melebihi 402 dan jika ditambah dengan pemandu Sabah dan Sarawak, angkanya lebih tinggi. Walau bagaimanapun, mereka tidak pula berkongsikan angka sebenar.

Tags: ehailingmaximserupandu
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
Maxim bertemu APAD untuk rungkai kemelut pemandu tanpa permit

Maxim bertemu APAD untuk rungkai kemelut pemandu tanpa permit

16 March 2023
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
240319 Cara Elak Telefon Pintar Panas

TIPS: 7 cara perlu buat elak telefon pintar cepat panas (2024)

3 April 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN