• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Perlu ke KLIA? Guna MRT laluan Putrajaya untuk lebih jimat

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:19 pm
  • 20/03/2023
  • Komen
MRT Putrajaya dibuka hari ini, percuma sehingga 31 Mac di 36 stesen
Share on FacebookShare on Twitter

MRT Laluan Putrajaya Fasa 2 telah mula beroperasi. Perkara ini secara tidak langsung akan memudahkan orang ramai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan harga lebih berpatutan. Anda kini boleh naik MRT ke Stesen Putrajaya Sentral dan kemudian beralih ke KLIA Transit.

Perjalanan dari Taman Equine di Sri Kembangan ke KLIA (T1 dan T2) berharga RM12.40 sehala dengan anggaran masa perjalanan 25 minit. Dari Sungai Besi ke KLIA berharga RM13.10 sehala dengan anggaran masa perjalanan dalam 35 minit. Manakala perjalanan dari Tun Razak Exchange mengambil masa perjalanan kira-kira 48 minit dengan harganya ialah RM13.60. Untuk perjalanan dari Persiaran KLCC ke KLIA, ia mengambil masa kira-kira 52 minit dengan harga tambang RM13.70.



Semua masa perjalanan yang dinyatakan adalah anggaran sahaja. Ia tidak masuk waktu menunggu kereta api yang berbeza bergantung pada kekerapan semasa waktu luar puncak dan waktu puncak. Jadi, jika anda ingin gunakan perkhidmatan ini, pastikan anda bersedia di stesen pilihan lebih awal supaya dapat tiba di KLIA dengan cepat.

Anda juga perlu tahu bahawa Putrajaya Sentral ialah stesen penghubung yang memerlukan anda keluar dari MRT 2 kemudian masuk ke Laluan KLIA. Tambang Putrajaya Sentral ke KLIA/KLIA 2 berharga RM9.40 dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 minit.



Dengan cara ini juga anda sebenarnya boleh jimat banyak, berbanding berbelanja RM55 untuk perjalanan sehala dari KL Sentral ke KLIA menggunakan KLIA Ekspres.

Baru-baru ini, Rapid KL ada tawarkan perjalanan percuma di MRT 2 sehingga 31 Mac 2023. Jadi, bolehlah anda ambil peluang ini untuk naik mana-mana kereta api dan keluar di Putrajaya Sentral secara percuma.

Untuk tidak membuang masa beratur membeli tiket dan menjimatkan sedikit wang, anda boleh beli tiket KLIA Transit secara dalam talian dan nikmati penjimatan sebanyak 10%. Bagi anda yang sering ke KLIA dan ingin jimat kos pengangkutan, ini merupakan satu solusi buat anda.

Namun secara peribadinya, saya lebih pilih menggunakan perkhidmatan KLIA Ekspres sehala dari KL Sentral ke KLIA, berbanding menggunakan MRT. Walaupun ia sedikit mahal, tapi saya rasa ini adalah cara yang lebih selesa untuk perjalanan jauh lebih-lebih lagi apabila perlu bawa bagasi yang berat. Dengan menggunakan perkhidmatan KLIA Ekspres sepenuhnya, saya tak perlu bersusah payah bawa beg turun kemudian tukar pengangkutan yang lain.

[Sumber: SoyaCincau, KLIA Ekspres]

Bacaan berkaitan

  • MRT Putrajaya dibuka hari ini, percuma sehingga 31 Mac di 36 stesen
  • MRT 2 Kwasa Damansara – Putrajaya Sentral akan dibuka 16 Mac 2023 jam 3 petang
Tags: KLIAMRTMRT PutrajayaRapidKL
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
MRT Putrajaya dibuka hari ini, percuma sehingga 31 Mac di 36 stesen

Perlu ke KLIA? Guna MRT laluan Putrajaya untuk lebih jimat

20 March 2023
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER