• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

TIPS: 5 aplikasi buatan Malaysia memudahkan ibadah sepanjang Ramadan

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:26 pm
  • 22/03/2023
  • Komen
TIPS: 5 aplikasi buatan Malaysia memudahkan ibadah sepanjang Ramadan
Share on FacebookShare on Twitter

Pasti ramai yang rebut peluang untuk beribadat dan lakukan perkara baik bersungguh-sungguh di dalam bulan Ramadan ini untuk dapatkan lebih ganjarana pahala. Tapi anda jangan tak tahu, dalam dunia yang semakin maju ini, teknologi juga boleh bantu anda untuk beribadat serta rujuk hal agama dengan lebih mudah. Hal ini boleh dilakukan menerusi pemasangan aplikasi islamik.

Di bawah ini saya senaraikan 5 aplikasi tempatan yang boleh anda muat turun untuk memudahkan aktiviti ibadah. Ada banyak ciri berguna yang tersedia, antaranya peringatan waktu solat, sedekah, bacaan Al-Quran beserta tafsir, koleksi doa harian dan banyak lagi.



1. TheNoor

Aplikasi TheNoor ini di asaskan oleh pengacara dan usahawan tanah air, Neelofa. Ia hadir dengan pelbagai ciri bermanfaat. Antaranya peringatan waktu solat di lokasi pengguna, bacaan Al-Quran dengan terjemahan, bacaan zikir pagi dan petang, hadis, serta doa harian.

TheNoor turut sediakan ciri pembayaran zakat, jadi bolehlah anda bayarnya nanti dengan mudah. Tapi anda perlu tahu, hanya ada 5 negeri sahaja boleh bayar zakat dengan aplikasi ini iaitu Kuala Lumpur, Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan.



Aplikasi TheNoor boleh di muat turun di App Store (237.6 MB) dan Play Store (99 MB).

2. QalbyApp

Aplikasi Qalby dilancarkan sekitar bulan Disember pada tahun 2020. Ia diasaskan oleh personaliti TV dan aktivis muslimah, Shazrina Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina.

Antara ciri yang ada dalam aplikasi ini ialah arah kiblat, doa harian, waktu solat dan podcast mengenai topik agama. Podcast tersebut sesuai untuk anda dengar bagi mengisi masa lapang dalam bulan Ramadan ini. Ada juga ciri Ramadan disediakan, melaluinya anda boleh derma secara dalam talian pada golongan yang memerlukan.

Aplikasi Qalby boleh di muat turun di App Store (259.9 MB) dan Play Store (73MB).

3. Huda

Huda juga merupakan salah satu aplikasi gaya hidup muslim bermanfaat. Aplikasi ini ringkas dan mudah digunakan. Tiga ciri asas untuk aplikasi ini ialah waktu solat, Al-Quran dan arah kiblat. Ciri selebihnya adalah seperi Shahadah, Asma-ul Husna, 40 Hadis, tasbih, doa dan derma.

Walaupun ciri di dalamnya tidak banyak seperti di TheNoor dan Qalby, tapi ia masih boleh bantu pengguna untuk tunaikan ibadah. Contohnya ingatkan anda apabila waktu solat sudah masuk dan anda juga boleh membaca Al-Quran menerusinya ketika masa lapang.

Aplikasi Huda boleh di muat turun di App Store (100.6MB) dan Play Store (32 MB).

4. Mukmin Pro

Mukmin Pro merupakan aplikasi kegunaan muslim yang dibangunkan oleh personaliti TV dan usahawan iaitu Fazura. Ia dilancarkan sekitar bulan April 2022. Ciri yang tersedia di dalamnya cukup untuk bantu anda menunaikan ibadah harian. Antaranya rujukan waktu solat, Al-Quran, arah kiblat, zikir dan sedekah.

Yang saya perasan, terdapat satu ciri istimewa di dalam aplikasi ini iaitu Masjid. Dengan menggunakannya, anda boleh cari lokasi Masjid di sekitar anda. Jadi, jika anda nak tunaikan solat terawih di masjid berbeza pada setiap hari, anda bolehlah cari lokasinya melalui ciri ini.

Aplikasi Mukmin Pro boleh di muat turun di App Store (64.3 MB) dan Play Store (29 MB).

5. Yakin

Yakin merupakan aplikasi dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang dibina untuk bantu pengguna menerapkan gaya hidup Muslim dalam kehidupan seharian. Dalam aplikasi ini, ada satu tab khusus untuk Ibadah. Melaluinya anda boleh lihat waktu solat, baca Quran, bayar zakat, lihat arah kiblat, tonton tazkirah, baca doa harian dan banyak lagi. Aplikasi ini juga boleh digunakan untuk menderma.

Dengan ciri yang padat ini, anda tak perlu fikir lama tentang jenis ibadah yang perlu dilakukan. Hal ini kerana semuanya sudah tersedia disenaraikan untuk anda.

Aplikasi Yakin boleh di muat turun di App Store (135.9 MB) dan Play Store (85 MB).

Tags: hudaMukmin ProQalbyramadanTheNooryakin
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

TIPS: 5 aplikasi buatan Malaysia memudahkan ibadah sepanjang Ramadan

TIPS: 5 aplikasi buatan Malaysia memudahkan ibadah sepanjang Ramadan

22 March 2023
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN