Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Mac, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Mizz Nina lancar aplikasi gaya hidup Muslim, Qalby

Personaliti TV dan aktivis muslimah, Shazrina Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina pernah, menjadi tumpuan apabila dia bernekad untuk berhijrah dan meninggalkan kareer seninya.

Kini, dia sekali lagi menjadi tumpuan apabila dia melancarkan sebuah aplikasi mudah alih berkonsepkan gaya hidup Islam pada hujung bulan November lalu. Aplikasi tersebut diberi nama Qalby dan ianya percuma. Untuk masa sekarang, Mizz Nina menyediakan akses awal kepada pengguna untuk mencuba, sekiranya terdapat kekurangan, pengguna boleh menyatakannya di ruangan App Store dan Play Store.

Menerusi salah satu perkongsian terdahulu di akaun Instagram miliknya, dia rasa diberkati apabila dapat berkongsi ilmu dan keindahan Islam yang bermanfaat melalui kekuatan media dan teknologi.

Menurutnya lagi, aplikasi Qalby diinspirasikan sewaktu dirinya menghadiri kelas tafsir Ta’leem al-Quran di Alhudaonline pada penghujung tahun 2018.

Ciri dalam Qalby

Selepas anda memuat turun aplikasi ini, anda akan diminta untuk berkongsi lokasi. Ini bertujuan untuk menetapkan waktu solat.

  1. Apabila anda membuka ruangan utama, di situ tertera waktu solat yang akan datang di paparkan dibahagian atas.
  2. Diikuti pula dengan ciri inspirasi harian (daily inspiration) di bawahnya. Pengguna akan diberikan petikan ayat dari Al-Quran atau Hadis yang berbeza pada setiap hari.
  1. Ilm Finder – Terdapat 11 kategori di dalam ciri ini. Antaranya:
  • Bengkel
  • Fiqh
  • Tauhid
  • Tajwid
  • Arab
  • Tahfiz
  • Akidah
  • Kesihatan Mental
  • Belia
  • Kanak-kanak
  • Tafsir

Tiada maklumat lanjut mengenai ciri ini yang boleh diperolehi daripada laman sesawang aplikasi Qalby. Tetapi dapat dilihat bahawa, ciri ini menyediakan program berkaitan kategori tersebut kepada pengguna. Ruangan pendaftaran juga disediakan kepada individu yang ingin menyertai bengkel.

BACA  Xpax XP Lite kini ada Facebook, Instagram, WhatsApp, Wechat serta YouTube tanpa had
  1. Qalby TV – Terdapat doa, ceramah dan pelbagai video perkongsian disini. Video tersebut di pautkan dari akaun YouTube Qalby App.
  2. Facebook Community – Ciri ini akan menghubungkan pengguna dengan akaun Facebook rasmi Qalby Community. Terdapat banyak peringatan yang disediakan dalam laman Facebook tersebut seperti “7 perbuatan yang akan melindungi anda dari api neraka”
  3. Instagram – Pengguna juga boleh terus mengakses ke Instagram QalbyApp melalui laman utama aplikasi itu.
  4. E-Journal – Pengguna boleh mengisi perincian aktiviti harian atau acara yang akan disertai. Kegunaan E-Journal dilihat sebagai memo untuk pengguna.
  5. Solah – Ia berfungsi sebagai jadual waktu solat harian untuk pengguna. Bagi mengaktifkan peringatan solat, pengguna boleh memilih waktu solat dan tolak butang waktu solat tersebut ke kanan. Apabila butang tersebut bertukar hijau bermakna peringatan sudah diaktifkan.
  1. Qibla – Berfungsi sebagai petunjuk arah kiblat.
  2. Quran – Quran digital ini boleh dibaca, didengar dan mempunyai terjemahan bahasa Inggeris. Bagi memudahkan pengguna yang mahu menghafal ayat Al-Quran, ia boleh dilakukan melalui ciri ini. Pengguna boleh tanda Hifz bagi setiap ayat yang ingin di hafal. Selain itu, ada juga pilihan untuk menyimpan ayat tertentu sebagai rujukan dikemudian hari.

11. Dua – Terdapat 21 kategori doa disediakan mengikut situasi di dalam ciri ini. Contohnya, di bawah doa waktu pagi, terdapat 27 pilihan doa yang berkaitan dengan kategori tersebut.

Berikut merupakan koleksi doa yang disediakan:

  1. Doa waktu pagi
  2. Doa waktu petang
  3. Doa perlindungan
  4. Doa perlindungan ketika waktu malam
  5. Doa takut ketika tidur
  6. Doa selepas mimpi buruk
  7. Doa menangkis bisikan syaitan
  8. Doa menangkis mata syaitan
  9. Doa perlindung daripada ilmu hitam
  10. Doa perlindungan daripada jin dan kejahatan
  11. Doa perlindungan daripada musuh
  12. Doa meminta kelegaan dari kesedihan dan kesusahan
  13. Doa minta kesembuhan penyakit
  14. Doa selepas solat
  15. Doa mencari nasihat ilahi untuk istikharah
  16. Doa permohonan diterima
  17. Doa menziarahi orang sakit
  18. Doa melihat seseorang dalam keadaan sakit atau dalam ujian
  19. Doa bila menerima berita buruk
  20. Doa meminta pengampunan
  21. Doa meminta pengampunan kepada orang yang sudah meninggal
BACA  Ini cara Apple Wallet dan Google Pay Send bantu dunia perangi Covid-19

Aplikasi ini amat mudah digunakan, akan tetapi ianya tiada pilihan bahasa yang boleh digunakan selain bahasa Inggeris. Perkara ini bakal menyukarkan sebahagian pihak yang ingin menggunakan bahasa Melayu dalam aplikasi muslim, lebih-lebih lagi pada ciri terjemahan.

Anda boleh memuat turun aplikasi ini di App Store atau Google Play untuk merasai pengalaman menggunakannya.

Sebelum ini, usahawan Neelofa ada mendedahkan tentang aplikasi muslimnya, TheNoor. Tetapi ia masih belum dilancarkan dan dikhabarkan akan muncul dalam tahun 2021.

[Sumber: OMM]